Selasa, 5 September 2017

Ditipu Hidup-hidup Kerana Kolagen

Sebelum beli produk, terutamanya kolagen. Pastikan tanya dahulu..
Kolagen tersebut dari apa?

Kalau ada penjual claim produk dia ada 100% kolagen sedangkan kandungan terdiri hanya dari buah-buahan, sedarlah bahawa kita ditipu hidup-hidup. KOLAGEN tidak ada dalam tumbuhan atau buah buahan.

Cuma..
Buah buahan tersebut ada sumber Vitamin C, Beta carotene, flavanoids etc yang membantu merangsang pembentukan kolagen.

Kolagen ikan adalah kolagen yang terbaik.
Penyerapan kolagen ikan adalah paling maksimum dan memberi kesan yang lebih optimum.

Sebab itu jika kita lihat di kedai-kedai..kolagen dari sumber lain.. harganya lebih murah berbanding kolagen ikan.

Kolagen ikan ada asid amino yang spesifik. Kandungannya tinggi dengan :-

1. glycine
2. hydroxyproline
3. proline.

Yang mana membantu merangsang sel dalam kulit, sendi dan tulang sekaligus merangsang pembentukan kolagen baru.


Shaklee Collagen Powder merupakan antara kolagen ikan yang terbaik dalam pasaran Malaysia. Anda boleh mendapatkannya disini jika ingin mencubanya.


Khamis, 24 Ogos 2017

Testimoni Set Berpantang Shaklee



Jamie Corkish adalah atlit menembak USA yang memenangi pingat emas dalam Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan anggota pasukan Shaklee Pure Performance.

Tahun lepas..Jamie dalam pantang masa Rio 2016. Sudah tentunya beliau menggunakan set kehamilan Shaklee semasa mengandungkan baby Shaklee-nya, Tristan Scott.

Ibu-ibu kalau nak rasa best macam gold medalist kita ni, (Olimpik tau, bukan wakil sekolah) amalkanlah set kehamilan Shaklee.

✅ B Complex
✅ Vita-C
✅ Ostematrix
✅ ESP
✅ Vita-Lea
✅ Omega Guard

Bagus ke set Shaklee ni?
Atlit Olimpik pun guna, mestilah wow!












Jika puan-puan ingin mencuba produk shaklee untuk berpantang pada kali ini, anda boleh dapatkan set berpantang shaklee disini.


Rabu, 23 Ogos 2017

Vitamin E Shaklee

🤔Tahukah anda 400lU vitamin E bersamaan :

🌱 8kg bayam
🌰 500gm badam
🌻 500ml minyak safflower
📌 1kg benih gandum

Manfaat Vitamin E Shaklee
=======================
✔ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
✔ Menghalang keguguran
✔ Anti penuaan
✔ Anti-oksidan yang kuat
✔ Kelestarian Tenaga
✔ Melindungi jantung
✔ Memperbaiki arthritis
✔ Memperbaiki parut

Sebotol 120biji tahan (2-4bulan)
RM156. 25

Vitamin E boleh didapati dan dibeli disini.


Selasa, 22 Ogos 2017

Asid Lemak, Otak dan Kecerdasan.

60% bahagian otak kita adalah lemak. Jadi pengambilan asid lemak yang sihat sangat penting untuk otak kita.

Kajian mendapati bahawa makanan bayi yang diperkaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu DHA, menunjukkan adanya peningkatan pada koordinasi tangan dan mata. Respon dan perhatian terhadap persekitaran, kemampuan bersosialisasi, dan skor ujian kecerdasan.

Kajian juga mendapati kanak-kanak usia 4 tahun yang lahir dari ibu yang mengambil suplemen Omega-3 (EPA dan DHA) selama hamil dan pada bulan pertama menyusukan, mendapatkan skor ujian kecerdasan yang lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang lahir dari ibu yang tidak mengambil makanan tambahan EPA dan DHA.

Bukan anak sahaja yang perlu makan suplemen minyak ikan. Kita sebagai ibubapa juga harus amalkan ambil lemak sihat untuk kesihatan.

Bagi memperoleh lemak sihat ini saya dan keluarga amalkan Omega Guard.


Terdapat 26 Manfaat Omega 3 Dalam Omegaguard.

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
.
.
Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard dapat membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
.
.
Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
.
.
Omega Guard ini boleh didapati atau dibeli  disini.


Isnin, 21 Ogos 2017

Asid Lemak Penting Untuk Penyakit Ekzema

Acid lemak penting (essential fatty acid) untuk ➡ kurangkan inflamasi pada kulit.

Fatty acid = Omega 3 dan Omega 6

Omega 3 (Fish Oil) ➡ DHA/EPA
Omega 6 ➡ Evening primrose oil & Borage seed oil

Lemak merupakan minyak kalis air. Jadi ia akan mengurangkan kehilangan air dalam badan.

Apa kaitan kehilangan air dan inflamasi?

Bila hilang air, kulit kita akan kering. Kulit bila kering akan lebih mudah mengalami kegatalan dan inflamasi. Sebab itu penting untuk pesakit eczema untuk mengawal kelembapan kulit bagi mengurangkan inflamasi.

Ambillah fatty acid kerana ianya sangat penting. Bukan saya cakap, Dr Anya Tay yang cakap.

[Seminar Eczema & Psoriasis, 20 Mei 2017]

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik yang mengandungi asid lemak penting. Saya juga mengamalkan omega guard ini kerana sering mengalami masalah kegatalan kulit terutamanya bila cuaca panas dan kulit kering. Syukur omega guard banyak membantu saya. Saya kini tidak perlu risau lagi dengan masalah kulit gatal.

Omega Guard boleh didapati disini.


Khamis, 17 Ogos 2017

Tersentuh dengan perkongsian seorang anak akan kisah sedih seorang ayah gara-gara mengambil..

Tersentuh dengan perkongsian seorang anak akan kisah sedih seorang ayah gara-gara mengambil vivix. Berikut adalah perkongsian beliau..
*
*
Abah

Alhamdulillah.. 23hb August ni abah akan berangkat ke tanah suci Mekah menunaikan haji bersama emak.

Teringat cerita 5 bulan lepas.. tiba-tiba abah lemah tiada daya. Makan tidak, minum tidak, bangun tidak.. hanya di katil terbaring. Waktu tu kalau dapat suap abah 2-3 sudu bubur pon dah kira banyak.

Satu hari emak telefon menangis.. “de..abah kata suruh Along bersedia pergi belajar sikit2 pasal haji. Abah rasa abah takde harapan nak pergi dengan mak”. Maka menangislaa kami berdua..sambil saling sabar menyabarkan.

Dua tiga kali ke hospital kerajaan ambil darah tiada punca.. semua ok, semua dalam kawalan. Ya Allah kenapa ni?

Aku tanya emak..entah-entah ada benda lain tak mak? Mak cakap tak mungkin, ustaz yang datang urut kata tiada unsur-unsur mistik.

2 bulan abah terlantar.. aku cakap dahlaa mak, jom bawa pergi hospital swasta pulak kita tengok macam mana.

Rupanya baru laa tau abah ni keracunan steroid..huhuhu..

Panjang pulak rasanya..nanti sambung kisah kenapa dan mengapa keracunan steroid ni ok.. memang jadi pengajaran sangat untuk kami sekeluarga.
.
.


Sambung cerita Abah

“JANGAN BELIKAN ABAH v**** TU LAGI”

Sejak Akhir tahun 2014 or awal 2015 (tak ingat) kami start bagi abah V****. Badan abah pon nampak sihat dan bertenaga jek. Tapi lepas lebih kurang setahun kot guna tiba-tiba mak telefon.. “Abah pesan ni.. jangan belikan abah V**** tu lagi. Abah taknak minum dah..” ringkas jek pesan mak. Kami mula-mula pelik tapi kami ikutkan aja.

Lepas lama abah tak minum V**** pon badan abah elok sihat jek.. oklaa kot. Tapi kami rupanya tak tau cerita di sebaliknya. Huhuhu…

Untuk kekalkan kecergasan badan selepas tak ambil V****, abah mula cari alternative lain sebab badan dia rasa tak sedap, rasa lemah lepas tak ambil V****. Kawan-kawan cadangkan dia ambil makjun. Maka abah pon bergantung harap kepada makjun ni. Badan terus jadi sihat, cergas buat kerja kebun dan macam macam lagi. Lepas setahun ambil makjun yang jenis peket-peket beli kat kedai runcit, pasar,etc ni, Abah tiba-tiba stop makan makjun. Bila stop.. system badan dia terus macam collapse dan bermula laa kisah abah sakit yang macam diceritakan sebelum ni.

Rupanya abah sebenarnya suka jek makan V**** (VIVIX), badan dia rasa ok.. tapi suatu hari kawan dia tanya dia makan supplement apa sebab dia nampak ok jek. Abah jawap dia makan VIVIX. Kawan dia cakap “ooo..aku tau tu Jamal..mahal. RM4++” Abah pon terperanjat. Sebab dia tak tahu harga selama ni. Abah rasa dia dah susahkan anak-anak belikan dia vitamin mahal. Padahal kami share 5 beradik kot. Jadinya tak rasa beban pon kat kami.

Jadi abah kononnya taknak susahkan anak..suruh mak telefon cakap jangan belikan lagi, dia dah taknak. Huwaaa.. sedihnya.😭😭 Rupanya badan dia tak sedap bila tak ambil Vivix, lepas tu dia gantikan dengan makjun yang kandungan steroid sangat tinggi.

Masa kami jumpa pakar.. bukan 1 tau tapi 2 iaitu doktor pakar di KPJ Putri dan KPJ Pasir Gudang sahkan abah keracunan steroid, emak pon terkejut sebab emak pon tak tahu abah ambil makjun. Doktor nasihatkan makjun, ubat kuat, kopi –kopi 3 in 1 dan jus –jus yang kononnya function untuk kesihatan terdapat banyak kandungan steroid.

Bila kita stop ambil steroid tu macam penagih stop ambil dadah laa konsepnya. Sistem badan akan down sebab dah biasa dapat steroid tapi tiba-tiba tak dapat. Contoh lain, kalau hari-hari korang ambil nescafe, cuba sehari tak dapat ape rasa. Huhuhu..

Kalau korang bagi ibu bapa produk-produk makjun ke, kopi kesihatan ke jus2 kesihatan ke hati-hatilaa.. jangan sampai jadi macam abah kakpid nanti. Ambil masa sangat tau untuk sihat kembali..itupon kalau dapat detect laa..keracunan steroid ni boleh jadi teruk sampai effect buah pinggang tau. Naseb abah belum sampai ke tahap tu.

Kakpid pernah sembang dengan abah lepas dia dah sihat sikit.. “abah, kenapa abah stop makjun tu tiba-tiba?” Jawapan abah “sebab kawan-kawan abah yang sama-sama ambil makjun tu ade yang meninggal dan ada yang kene strok dah..” huwaaaaaa

Akhirnya kami ambil kata sepakat supaya abah minum VIVIX semula.. dan kami pon dah tanya kat doktor pakar di KPJ ni dan katanya VIVIX selamat untuk diambil as supplement untuk abah. Phewww lega.. abah pon semakin lama semakin ok dan beransur pulih.

Macam mana ibu bapa sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak..begitu juga kami as anak-anak. Nak yang terbaik untuk ibu bapa. Memang kakpid akui VIVIX tu agak mahal, tapi khasiatnya memang bagus. Dulu time abah ambil VIVIX ni sampai dia berhenti merokok tau sampai sekarang. Kalau taknak rasa terbeban share laa dengan adik beradik macam kakpid buat, jadi sorang tak sampai RM100 pon keluarkan duit beli VIVIX. Tahan lebih 1 bulan. So..bukan tiap-tiap bulan pon kene keluarkan duit belikan diorang supplement. Renung-renungkan tau…

Thank you yang baca kisah coretan kakpid ni..
*
*

Itulah dia kasih seorang ayah yang tidak mahu menyusahkan anak-anak dan kasih anak-anak yang mahu orangtua nya sihat. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran ibubapa,begitu juga ibubapa tak tahu apa yang anak-anak fikirkan. Bicara dari hati ke hati sangat membantu anak beranak yang berada dalam situasi ini😊.

Jika anda ingin mencuba vivix boleh membuat pesanan disini.


Rabu, 16 Ogos 2017

Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.

Kecoh bila ada demonstrasi pelbagai jenis minyak ikan, ada minyak ikan yang tidak beri kesan pada cawan styrofoam (polisterin) dan ada minyak ikan yang 'makan' cawan.

Apa yang paling mengejutkan adalah Omega Guard Shaklee juga antara minyak ikan yang mampu melubangkan cawan styrofoam.

Adakah Omega Guard bertindakbalas begitu juga dalam badan kita?
Habis rosak dan bocor segala saluran pemakanan disebabkan Omega Guard.

Sanggupkah anda membiarkan ahli keluarga dan diri sendiri mengalami saluran pemakanan bocor akibat makan Omega Guard?

Dasyat sehingga begitu sekali kesannya. Adakah perkara ini betul?

Ya, kalau perut dan usus anda dibuat daripada styrofoam, sila berhenti makan minyak ikan Shaklee sebelum anda kehilangan kedua-duanya. Tak ada perut macamana nak makan nasi?

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Bagi mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% omega-3.

Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, minyak ikan di Shaklee menjalani proses 'molecular distillation' untuk membuang segala bahan logam yang ada dalam ikan seperti merkuri, PCB, racun dan sebagainya. Proses ini membuang 'tulang belakang glyecerol' dalam minyak ikan dan terhasillah minyak ikan dalam bentuk ethyl ester yang sangat pekat kandungan omega-3 nya.

Minyak ikan dalam bentuk ethyl ester adalah yang terbaik dan bergred tinggi (farmaseutical grade). Ia juga melarutkan cawan polisterin yang sama chemical polarity dengannya.

Seperti gula larut dalam air yang sama chemical polarity nya, cawan polisterin kita larut dalam omega-3 yang berkepekatan tinggi.

Jadi bila ada orang buat demo minyak ikan menggunakan cawan polisterin ni, anda harus tanya perut dia dibuat dari polisterin ke sampai boleh bocor? 😝


Selasa, 18 Julai 2017

Manfaat Utama dan Testimoni Garlic Shaklee

Garlic shaklee terkenal dengan mutu dan kualitinya. Selain itu garlic shaklee mempunyai banyak manfaat kepada tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya.

Antara manfaatnya ialah :-

=>Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.

=>Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi meningkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

=>Menghalang alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis


=>Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.


=>Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.

=>Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

=>Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.

=>Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.

=>Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.


Garlic shaklee boleh dibeli di sini 


PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE

Garlic Shaklee dibuat daripada bawang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.

Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint).

Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita.

2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.


Jika anda berminat untuk mencuba garlic shaklee ini..boleh tempah  di sini 


Khamis, 13 Julai 2017

TAWARAN UNTUK AHLI BARU SHAKLEE

Eksklusif untuk anda yang nak jadi ahli Shaklee.

Semasa pendaftaran dan bila anda membuat pembelian produk sehingga 100uv dalam 1 resit, anda layak untuk membeli shaker ne dengan harga yang lebih murah daripada harga asal.

**Sah dari 13 Julai - 31 Ogos 2017**

Boleh hubungi saya untuk urusan pendaftaran anda sebagai ahli baru shaklee.

Pm/WA 0135461319

#JomShaklee

Atau anda boleh membuat pembelian dan pendaftaran sendiri disini.


Rabu, 21 Jun 2017

Petua Tradisional Hilangkan Panau



Selalunya secara tradisional..penyakit kulit iaitu PANAU sering dikaitkan dengan bawang putih sebagai ubat/penawar kepada panau. Namun cara ini memerlukan banyak proses dimana kita perlu membuka kulit bawang putih, menumbuk, menyapunya pada panau dan terpaksa menunggu serta menahan bau bawang putih sehingga bahagian yang diletakkan dengan bawang putih tadi boleh dicuci. Selain itu, ketika menunggu ia boleh dicuci anda terpaksa pula menahan pedih kesan daripada tindakbalas bawang putih terhadap panau anda.

Tetapi dengan adanya GARLIC SHAKLEE kini anda tidak perlu lagi melalui proses itu. Anda hanya perlu menelan dan segalanya selesai dalam sekelip mata.






Mana nak dapatkan Garlic Shaklee ne?




Senang je..klik di sini.


Isnin, 12 Jun 2017

Testimoni Kurus Dengan Lecithin dan Herblax Shaklee

Ini testimoni junior @ kawan menyewa rumah dulu semasa bujang. Baru jumpa gambar testimoni. So baru dapat update kat blog hehe..

Jom kita lihat bagaimana Lecithin & Herblax bertindak menurunkan berat badan dan apakah kebaikan2nya.


Lecithin

- ia diesktrak daripada kacang soya organik bukan GMO mengandungi 520mg lecithin, soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu
- menyerap vitamin larut lemak iaitu membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
- melindungi hati iaitu menghalang lemak di hati, sirosis (kerosakan hati) dan hati berlemak
- memecahkan lemak dan kolestrol di mana lecithin bertindak sebagai pembersih saluran darah
- membantu mengurangkan masalah obesiti iaitu mempercepatkan pembakaran lemak untuk pelangsingan
- mencantikkan otot dan kulit dengan membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan kesan penuaan
- menghalang kejadian batu karang yang terjadi akibat kolestrol
- mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress yang mana lecithin mempunyai kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, perbaiki daya ingatan, Alzheimer dan mengurangkan stress.
- menghalang tekanan darah tinggi dan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
- perbaiki prostat lelaki
- meringankan sembelit dengan melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus

Herblax

- pembersihan najis tersekat
- merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba


PERINGATAN!!!

Lecithin & Herb-Lax - tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

Kalau nak cuba produk shaklee ne..anda boleh buat pesanan di sini.


Vitamin Untuk Pesakit Tibi


Anda mungkin tercari-cari rawatan dan pencegahan alternatif untuk membantu pesakit Tibi.

Di Shaklee, terdapat suplemen yang boleh membantu untuk mengawal penyakit tibi ini. Diantaranya adalah :


#Vivix

Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan. Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.


#Omegaguard

Omega-3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan. Ia mampu mengurangkan serangan astma dan membersihkan saluran pernafasan.


#Nutriferon

Meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh. Ia mampu mengurangkan/mengelakkan simptom alergi.


#Garlic Complex

Garlic complex membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit astma atau infeksi paru-paru.


Anda boleh mendapatkan produk-produk ini di sini jika mahu berikhtiar dengan produk vitamin semulajadi Shaklee.


Selasa, 6 Jun 2017

Kepentingan Suplemen Untuk Kesihatan

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”

Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.

Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega 3: kepentingannya kepada kesihatan’. 
Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian  mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.

Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi  dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.  Budaya makanan segera yang dibawa dari barat memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya  suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga  keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang  kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.

Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit  kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.

Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Sumber:
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Man), MScAARMMA(UCSI), FAGE
MMC: 36627

Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif


Sabtu, 3 Jun 2017

Cara Mudah Kawal Kehilangan Air Dalam Badan

Badan kita mudah kehilangan air atau mengalami dehidrasi ketika berpuasa, bersukan dan cuaca yang panas. Jika kita kehilangan air yang banyak, kita boleh mengalami strok haba terutamanya di musim panas dan akhirnya pengsan. Keadaan ini amat merbahaya kerana ia boleh membawa maut.

Jika anda jenis orang yang aktif, mempunyai kekangan masa untuk minum air secukupnya..anda bolehlah amalkan Performance Drink Orange Shaklee untuk menggantikan elektrolit dalam badan.

Kenapa Perlu Pilih Performance Orange Drink?


✎ Shaklee Performance Drink mempunyai opticarb yang membantu mengekalkan tenaga dan ketahanan badan.
✎ Elektrolit penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan.
✎ Elektrolit yang terdapat dalam Shaklee Performance seperti Sodium, Potassium dan Magnesium adalah berfungsi untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
✎ Shaklee Performance mempunyai karbohidrat kompleks Maltodekstrin yang berfungsi membekalkan tenaga secara berpanjangan.

Kebaikan yang terdapat dalam Shaklee Performance ialah:


Anda boleh dapatkan Shaklee Performance Drink Orange ne melalui pengedar sah Shaklee. Pastikan yang sah ya untuk dapatkan Performance Drink yang asli dan konsultasi yang betul. Anda juga boleh membelinya di  sini .


Jumaat, 26 Mei 2017

KAJIAN TELOMERES DAN VIVIX

Telomeres adalah "pelindung" yang berada dihujung kromosom kita.

Telomeres mempunyai tugas sangat penting iaitu MELINDUNGI DNA DARI KEROSAKAN.

Apabila kita lahir, Telomeres kita panjang. 

Namun, telomere ini akan memendek dan semakin pendek dengan pertambahan usia.

Apabila TELOMERE semakin pendek, maka sel-sel tidak lagi boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna sehinggal sel pun mati / musnah.

Bila Sel mati, maka datanglah pelbagai masalah kesihatan seperti  diabetes, serangan jantung, kanser, penuaan sebelum usia, dan banyak lagi penyakit lain.

Landmark Studi II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan supplemen yang konsisten seperti VIVIX dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40% !

Dalam erti kata lain vivix dapat mengurangkan risiko untuk dapat penyakit-penyakit kronik. Vivix boleh diamalkan sebagai suplemen kesihatan


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda boleh melakukan pembelian di SINI atau terus menghubungi saya untuk pesanan dan konsultasi.

☎Sms/WhatsApp/Telegram
0135461319


Vivix dan Strok

Sedih rasanya bila tengok keadaan orang yang menghidap strok. Dulu mendiang datuk saya juga alami strok separuh badan. Bahagian badan sebelah kiri dia memang tak boleh bergerak atau rasa apa-apa. Ada satu insiden yang saya sangat ingat. Masa tu datuk saya seperti dah putus asa dengan keadaan dia. Tiba-tiba dia ambil parang(guna tangan kanan) dan mahu tetak tangannya sendiri. Nasib baik nenek saya sempat rampas parang tu. Tapi masa tu saya tak kenal shaklee lagi. Tak kenal vivix. Masa tu saya masih disekolah menengah. Antara 2002-2005 datuk saya strok (on off). Datuk saya meninggal ketika saya masuk tingkatan 6 rendah (2006) disebabkan strok.

Jadi sekarang ini, dah kenal shaklee..dah kenal vivix..teringin nak bantu ramai orang yang ada penyakit strok.

Bagaimana vivix membantu pesakit strok?

Resveratrol di dalam vivix membantu mengurangkan inflamasi, mengelakkan pengoksidaan kolestrol jahat dan menjadikan ianya sukar bagi platlet untuk bercantum dan membentuk darah beku yang menyebabkan penyakit jantung.

Testimoni seorang pengguna di bawah: “Alhamdulillah, arini ma kesayangan dan dah boleh jalan sendiri, baru 7 hari mengambil vivix dari shaklee”

Syukur alhamdulillah 😍😍


Lihat testimoni lain..


Bagi anda yang ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang menghidap penyakit strok. Bolehlah cuba vivix sebagai ikhtiar .


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda boleh melakukan pembelian di SINI atau terus menghubungi saya untuk pesanan dan konsultasi.

☎Sms/WhatsApp/Telegram
0135461319


Sabtu, 13 Mei 2017

Bagaimana Melakukan atau Membuat Pesanan Produk Shaklee?



Salam..
Terima kasih kerana percaya dan sudi untuk mencuba produk shaklee.

Sebelum itu saya ingin tegaskan penafian tentang produk shaklee ya.

PENAFIAN :
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
✔ HALAL

===========
CARA ORDER:
===========
☎Sms/WhatsApp/Telegram
0135461319

EMAIL : chrislinemarapus@gmail.com

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.

Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..

DAFTAR SEKARANG DI SINI 


Testimoni Kanser Prostat

Kanser prostat merupakan pembunuh senyap lelaki. Kanser prostat tidak ramai yang sedar kerana tidak mahu menjalani rawatan kesihatan prostat atas alasan malu. Oleh itu lelaki harus peka dengan keadaan kesihatan prostat dengan mengetahui gejala atau tanda-tanda penyakit berkaitan prostat.

Tanda-tanda kanser prostat:

(1) Aliran air kencing yang tidak lancar
(2) Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam
(3) Sakit atau pedih semasa buang air kecil
(4) Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani)
(5) Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami keadaan seperti diatas buangkanlah sikap malu dan segeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.


Gambar kiri
➡ Sel kanser prostat

Gambar kanan
➡ Sel pesakit kanser prostat yang ambil vivix

Sudah terbukti vivix berjaya merencat pertumbuhan sel kanser.


Kalau ada kenalan atau keluarga anda menghidap penyakit ini bolehlah cadangkan dan ikhtiar dengan vivix. Selain mendapat rawatan di hospital, mengambil suplemen tinggi antioksidan juga membantu.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎Sms/WhatsApp/Telegram
0135461319

EMAIL : chrislinemarapus@gmail.com


ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..


DAFTAR SEKARANG DI SINI