KESAN KENCING KOTOR

ATASI KENCING KOTOR
Baru2 ini seorang rakan saya telah mengalami sakit pinggang dan kencing yang tidak lawas.
Setelah mendengar rungutannya,saya mendapati bahawa kemungkinan besar dia mengalami masalah kencing kotor atau UTI.
Saya telah mencadangkan kepadanya untuk membuat pemeriksaan atau berjumpa doktor.
Pada mulanya dia agak berdegil kerana katanya dia minum air dalam kuantiti yang banyak.Tapi awas..kencing kotor ni tidak semestinya berpunca daripada cara pengambilan air semata-mata.
Ada banyak punca dan penyebab yang lain.Kerana itu,sila dapatkan rawatan jika anda rasa tidak sihat.

“Jangan tahan kencing dan jaga kebersihan alat sulit bagi mengelak terkena jangkitan akibat bakteria,”

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

TANDA DAN GEJALA KENCING KOTOR

Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Demam dan seram sejuk.
Komplikasi - Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

PENYEBAB DAN FAKTOR PENYUMBANG

Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakkan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
Hubungan kelamin juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mengesyaki dijangkiti UTI.
Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).

Saya ada terbaca 1 petua dan anda bolehlah mencubanya..
Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

DOKTOR AKAN MEMERIKSA ANDA

Mereka akan mengambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
Memberi antibiotik yang bersesuaian dan memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

PENCEGAHAN

Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
Buang air k ecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
Elakkan dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.
Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU
Ada 2 jenis pilihan Supplemen Shaklee yang boleh diambil untuk membantu melegakan masalah kencing kotor ini.

1.ALFALFA COMPLEX

Alfalfa complex ni banyak kebaikan : Antaranya ialah;
Mencegah kencing kotor
Membuang angin dalam badan
Melegakan urat lepas bersalin
Membersihkan hati, darah dan usus
Detox badan
Melancarkan pembuangan air besar
Merapatkan keintiman suami isteri
Merendahkan paras kolestrol


2.GARLIC COMPLEX

Garlic Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
Perut memulas (stomach upset)
Cirit-birit (Diarrhea)
Bronkitis
Luka-luka (infected wounds)
Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi kami untuk tempahan sekarang...


WhatsApp
013 546 1319

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di  sini 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..


Hanya RM68.90 Yuran Pendaftaran SEUMUR HIDUP


Pengedar Sah Shaklee Anda
AREA : SUNGAI BESI, KL.


Ulasan

Popular Post

Alfalfa Legakan Gout

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kandungan Lecithin

Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.

Chicken Pox vs Herbal Blend Shaklee