Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.

Kecoh bila ada demonstrasi pelbagai jenis minyak ikan, ada minyak ikan yang tidak beri kesan pada cawan styrofoam (polisterin) dan ada minyak ikan yang 'makan' cawan.

Apa yang paling mengejutkan adalah Omega Guard Shaklee juga antara minyak ikan yang mampu melubangkan cawan styrofoam.

Adakah Omega Guard bertindakbalas begitu juga dalam badan kita?
Habis rosak dan bocor segala saluran pemakanan disebabkan Omega Guard.

Sanggupkah anda membiarkan ahli keluarga dan diri sendiri mengalami saluran pemakanan bocor akibat makan Omega Guard?

Dasyat sehingga begitu sekali kesannya. Adakah perkara ini betul?

Ya, kalau perut dan usus anda dibuat daripada styrofoam, sila berhenti makan minyak ikan Shaklee sebelum anda kehilangan kedua-duanya. Tak ada perut macamana nak makan nasi?

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Bagi mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% omega-3.

Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, minyak ikan di Shaklee menjalani proses 'molecular distillation' untuk membuang segala bahan logam yang ada dalam ikan seperti merkuri, PCB, racun dan sebagainya. Proses ini membuang 'tulang belakang glyecerol' dalam minyak ikan dan terhasillah minyak ikan dalam bentuk ethyl ester yang sangat pekat kandungan omega-3 nya.

Minyak ikan dalam bentuk ethyl ester adalah yang terbaik dan bergred tinggi (farmaseutical grade). Ia juga melarutkan cawan polisterin yang sama chemical polarity dengannya.

Seperti gula larut dalam air yang sama chemical polarity nya, cawan polisterin kita larut dalam omega-3 yang berkepekatan tinggi.

Jadi bila ada orang buat demo minyak ikan menggunakan cawan polisterin ni, anda harus tanya perut dia dibuat dari polisterin ke sampai boleh bocor? 😝


Ulasan

Popular Post

Alfalfa Legakan Gout

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kandungan Lecithin

Chicken Pox vs Herbal Blend Shaklee