Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 9, 2016

Atasi PERUT BUNCIT Dengan Herblax

Imej
Masalah perut buncit merupakan fenomena yang tidak asing lagi pada masa kini. Mungkin ada diantara anda yang telah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya mengempiskan perut. Atasi masalah perut buncit anda dengan #herblaxshaklee. Sebelum itu..jom lihat bagaimana herblax membantu anda berjaya dalam misi mengempisksn perut. Kebaikan Herb Lax ● Pembersihan najis yang tersekat. ● Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. ● Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi. ● Mengempiskan perut. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sekaligus menyingkirkan lemak badan. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba. Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax? ♥Pengamal tegar ubat tahan sakit. ♥Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.

Kesan Kekurangan Folic Acid Ketika Hamil

Imej
Ketika saya di Pahang dahulu, ada seorang ibu (orang asli) yang pernah kehilangan kandungan pertama, kedua dan ketiganya akibat kecacatan yang tidak boleh diselamatkan. Satu daripadanya adalah anencephaly (tiada kepala). Sejak itu, pakar sakit puan mewajibkan ibu tersebut mengambil supplemen folic acid setiap hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah anaknya yang ke4 lahir sihat sempurna, bahkan ketika saya meninggalkan Kuantan dia sudah ada 3 orang anak (anak ke4 hingga ke6) yang sempurna fizikalnya :) Rata-rata ibu mengandung disaran ke klinik untuk membuka “buku merah” pada minggu ke8-12 kehamilan. Saya juga suka ibu-ibu yang 'booking' pada waktu ini, sebab bila saya scan embrio akan kelihatan dengan lebih jelas bersama degupan jantungnya. Walau bagaimanapun, pada minggu ke8-12, proses organogenesis sudah lebih separuh jalan malah akan lengkap pada usia kandungan 12 minggu. Jadi bagi saya agak lewat jika ibu mengandung hanya mula mengambil supplemen folic acid pada waktu ini.