Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2016

Bayi & Penyakit Kuning

Imej
SIAPA BAYI YANG BERISIKO UNTUK MENGALAMI KEKUNINGAN Bayi yang berisiko untuk mengalami penyakit kuning termasuk: 1. Bayi yang lahir secara pra-matang. Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka yang belum matang. 2. Bayi yang mengalami lebam (pendarahan di bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan. Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum. 3. Jika jenis darah ibu berbeza dari darah bayi, bayi boleh mengalami tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak. 4.  Ada yang mengatakan bayi yang menyusukan adalah berisiko tinggi untuk penyakit kuning. Hipothesis ini bleum disahkan. Jika pun berlaku ia bersifat sementara saja. 5.Bayi yang tidak cukup diberikan air (susu) dan tidak  mendapat  kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning. 6. Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahem. Atau bayi menga