Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 11, 2016

Makanan Untuk Tingkatkan HB Rendah Ibu Hamil

Imej
Bila seseorang wanita hamil, dia sebenarnya berisiko untuk menghidapi anemia (kurang darah). Penyebab utama anemia dalam kalangan ibu hamil adalah disebabkan kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah tidak dapat menampung keperluan bayi dan ibu itu sendiri. Ibu hamil itu dikatakan menghidapi anemia bila tahap hemoglobin KURANG dari a) 11 g/dl semasa trimester pertama, b) 10.5 g/dl semasa  trimester kedua, dan c) 10 g/dl dalam trimester ketiga. Anemia akan membawa kesan buruk kepada ibu dan bayi jika tidak diambil berat. Antaranya, ibu akan sentiasa merasa penat dan anak dalam kandungan lebih kecil dan mungkin akan dilahirkan sebelum waktunya (pre - mature baby). Ibu hamil haruslah peka dengan simptom atau tanda-tanda hb rendah.  Jangan biarkan anda hamil dalam keadaan kurang darah merah. Amalkanlah pen