Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 10, 2016

Dengkuran Mengganggu Tidur Pasangan

Imej
Dengkuran semasa tidur adalah tidak normal. Ia menandakan sistem saluran pernafasan kita yang terganggu. Keadaan sebegini akan mengganggu kualiti tidur individu yang berdengkur, tetapi seringkali dianggap sebagai tidur yang lena. Bukan sahaja individu itu yang akan mengalami masalah kualiti tidur, malah tidur pasangan turut terganggu. Apa yang perlu anda tahu tentang dengkuran? ☆ Satu daripada lima penduduk dunia berdengkur . Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab. ☆ Lelaki lebih banyak berdengkur . Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% lelaki dan 20% perempuan. Ini kerana kelebihan berat badan lelaki yang rertumpu dibahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara. Kelebihan berat badan pada wanita umumnya tertumpu dibahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat ora