Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2016

Nutrisi Ibu Hamil

Imej
Pemakanan seimbang semasa hamil adalah amat penting untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Tujuan pemakanan seimbang ketika hamil adalah untuk :- ☆ Perkembangan dan pembesaran janin. ☆ Simpanan bayi. ☆ Perkembangan uterus, uri dan buah dada. ☆ Simpanan ibu semasa(untuk) menyusukan bayi. ☆ Mengelakkan kekurangan zat makanan berlaku ke atas ibu dengan kehamilan yang kerap. ☆ Mengelakkan keguguran/kelahiran pra-matang. Terdapat empat nutrien penting untuk ibu hamil yang patut diambil perhatian sepanjang kehamilan. 1. Kalsium Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, bukan hanya untuk bayi tetapi juga untuk si ibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang si ibu akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang ibu semakin rendah, satu keadaan yang dipanggil osteoporosis. Malahan, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki ibu sering kejang semasa tidur.

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

Imej
Masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya  dysmenorrhea merupakan masalah yang sering dialami oleh setiap wanita. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasa tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa. Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid? Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’.   1. Dysmenorrhea Primer - Kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan faktor hormon dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostagl