Catatan

Tunjukkan catatan dari November 28, 2016

Ibu Hamil dan Kalsium

Imej
Di Malaysia, kalsium tidak menjadi vitamin rutin yang diberikan kepada ibu mengandung kerana mereka sudah mendapat cukup kalsium dalam diet harian. Tetapi ramai ibu-ibu hamil yang mengadu sakit belakang dan mengalami kekejangan kaki. Sakit belakang, sakit otot atau tulang mungkin disebabkan oleh ligamen yang melonggar akibat tindakan hormon sementara kekejangan kaki boleh disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium. Ibu mengandung juga sebenarnya perlukan kalsium tambahan sebagaimana zat besi dan asid folik diperlukan, untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Apatah lagi ibu juga perlu menyimpan kalsium untuk kesihatan tulang mereka. Ini kerana bayi dalam kandungan akan mengambil bekalan kalsium dari ibu dan jika tidak mencukupi, kalsium dari tulang ibu akan digunakan. Terdapat juga klinik yang akan memberikan kalsium tambahan kepada ibu hamil. Namun, masalah suplemen kalsium yang terdapat di klinik ialah, kandungannya hanya kalsium semata-mata. Pil kalsium yang baik sepatutny