Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 5, 2017

Meroyan Selepas Bersalin

Imej
Ramai orang tak tahu yang mengandung adalah satu perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan. Dengan perubahan hormon, perubahan fisiologi. Hanya ibu itu sendiri tahu nikmatnya, sakitnya membawa bayi dalam perut, bersalin dan berpantang. Akibat perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi bila tanya ibu lepas bersalin, mesti ada juga stresnya. Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan. Pertama adalah gangguan perasaan ringan (postpartum blues). Yang ni memang biasalah. Dah kita penat baru lepas bersalin. Rasa nak bergantung pada orang, nak jaga kita. Tapi orang lain pun mungkin ada tugas sendiri, jadi adalah juga rasa stres nak uruskan anak. Tahap kedua ialah kemurungan (depression). Biasanya memang ada faktor risikonha. Tetapi, kalau tahap pertama tadi tidak dibendung, boleh juga jadi menjadi tahap kedua dan semakin t