Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 6, 2017

Keistimewaan dan Manfaat Vitamin C pada Tubuh

Imej
Beberapa hari ini saya sering menerima pertanyaan dari kawan-kawan mahupun orang yang tidak dikenali (pelanggan) tentang manfaat vitamin C dan haruskah ia diambil setiap hari. Sudah tentunya harus diambil setiap hari samada dari pemakanan harian atau suplemen untuk menjaga kesihatan kita. Paling penting badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri jadi amat disarankan pengambilannya setiap hari agar pertahanan badan kita kuat. Ini kerana vitamin C berfungsi sebagai antibodi badan. Mari kita lihat kelebihan/manfaat pengambilan vitamin C yang lain. ❤️Membentuk kolagen - Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Sekiranya kekurangan vitamin C kawasan ini akan cepat hilang elastik yang menyebabkan proses penuaan. ❤️Kecantikan kulit - Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan. ❤️Sebagai anti-oksidan yang kuat - vitamin C merupakan antio

Merkuri Dalam Kosmetik

Imej
Gambar Hiasan Merkuri ialah salah satu bahan yang sering dicampurpalsu di dalam kosmetik seperti krim dan losyen pemutih kulit. Ini kerana  kehadiran merkuri di dalam kosmetik mampu menghalang penghasilan melanin (bahan pewarna kulit) dan menyebabkan kulit menjadi putih. Namun, pendedahan kulit dan anggota badan terhadap merkuri dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang akhirnya boleh meragut nyawa. Kesan Sampingan Penggunaan Merkuri Di Dalam Kosmetik. 1. Kegagalan Ginjal Merkuri akan meresap ke salur darah dan berkumpul di ginjal. Ini akan memberi kesan kepada fungsi ginjal. Ianya boleh dikesan dengan kehadiran protein yang tinggi di dalam urin atau air kencing. 2. Gangguan Mental Pendedahan kepada merkuri yang panjang boleh menyebabkan anda mendapat gangguan mental seperti keresahan (anxiety disorder), kemurungan, halusinasi dan lain-lain. 3. Masalah Kulit Ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit yang serius. Jika ingin memiliki kulit yang si