Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 14, 2017

Kalsium Tidak Lagi Diserap Tulang Selepas Umur 30 Tahun

Imej
Tulang manusia hanya serap kalsium sehingga umur 30 tahun sahaja dan selepas itu tulang tidak akan serap kalsium yang diambil. Tetapi badan kita perlukan kalsium setiap hari. Dari mana badan nak ambil kalsium? Selepas umur 30 tahun badan kita akan ambil kalsium terus daripada apa yang kita makan. Sekiranya kita tidak makan produk yang ada kalsium, badan kita akan ambil kalsium daripada tulang. Bila ini berlaku, kepadatan kalsium dalam tulang akan mula terurai. Dan ini menyebabkan berlakunya kejadian PENYAKIT REPUT TULANG atau nama glamournya OSTEOPOROSIS. Jadi hendakkah badan kita ambil kalsium daripada tulang kita selepas usia kita mencapai 30 tahun? Sanggupkan kita benarkannya atau biarkan badan kita ambil daripada makanan yang kita makan? JAWAPANNYA sudah pasti kita nak badan kita ambil kalsium daripada apa yang kita makan daripada kita kena sakit reput tulang. Persoalannya nak makan apa? Nak minum susu, tak semua orang gemar minum susu apalagi yang alah kepada produk tenusu.