Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 13, 2017

Tanda-tanda Resdung dan Rawatannya

Imej
Jika sebut tentang resdung, semua orang tahu ia berkaitan dengan hidung. Re sdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca resdung adalah disebabkan jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Resdung juga dikenali sebagai Sinusitis bermaksud radang pada mukosa di dalam rongga-rongga hidung dan sinus. Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada pada tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat, maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini akan menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung.  Tanda-tanda Resdung ; 1) Muka/Wajah. ► Muka berjerawat dan susah nak hilang. ► Kerap bersin pada waktu pagi dan malam. ► Hidung gatal-gatal, tersumbat dan terasa seperti se