Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 16, 2017

Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.

Kecoh bila ada demonstrasi pelbagai jenis minyak ikan, ada minyak ikan yang tidak beri kesan pada cawan styrofoam (polisterin) dan ada minyak ikan yang 'makan' cawan. Apa yang paling mengejutkan adalah Omega Guard Shaklee juga antara minyak ikan yang mampu melubangkan cawan styrofoam. Adakah Omega Guard bertindakbalas begitu juga dalam badan kita? Habis rosak dan bocor segala saluran pemakanan disebabkan Omega Guard. Sanggupkah anda membiarkan ahli keluarga dan diri sendiri mengalami saluran pemakanan bocor akibat makan Omega Guard? Dasyat sehingga begitu sekali kesannya. Adakah perkara ini betul? Ya, kalau perut dan usus anda dibuat daripada styrofoam, sila berhenti makan minyak ikan Shaklee sebelum anda kehilangan kedua-duanya. Tak ada perut macamana nak makan nasi? Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Bagi mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% omega-3. Untuk mendapatkan minyak ikan tulen s