Catatan

Tunjukkan catatan dari April 2, 2018

Cara Mudah Tingkatkan Tenaga di Bulan Ramadhan

Imej
Ketika berpuasa, anda tidak akan makan atau minum untuk sekurang-kurangnya 10 jam. Keadaan ini boleh menyebabkan badan bertukar ke fasa berpuasa, dimana badan akan menggunakan tenaga daripada glukosa yang disimpan di hati dan otot. Apabila semua glukosa telah digunakan dengan sepenuhnya, sumber tenaga yang berikutnya adalah lemak. Puasa yang berterusan selama beberapa hari hingga ke beberapa minggu akhirnya akan mengubah lemak didalam badan kita kepada protein sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, proses menggunakan protein sebagai sumber tenaga adalah tidak sihat kerana ia akan menyebabkan: • Kemerosotan otot. • Mengakibatkan keletihan. • Merendahkan kadar metabolik badan. BAGAIMANA TINGKATKAN DAN KEKALKAN TENAGA ? •Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian protein dalam sehari. • Ambil 1 sajian protein semasa berbuka dan 1 sajian lagi semasa bersahur. • Pilih protein berkualiti tinggi yang mudah diserap oleh tubuh. • Pilih sumber protein sihat yang rendah lemak dan tanpa kole

Cara Mengatasi Ketidakselesesaan Semasa Berpuasa

Imej
Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu anda mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan! 1) KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI) Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati. Puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila teringat mengenai makanan atau terhidu bau makanan dimana, secara semulajadinya akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut. Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan: • Makan secara sederhana. • Mengelakkan makanan berminyak dan pedas. • Mengurangkan pengambilan kafein. • Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus. • Mengambil