Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2018

Tips dan Kepentingan Berpantang

Imej
Berpantang bersalin adalah saat yang mengajar kita sebagai wanita menghargai diri. Kenapa saya cakap begitu? Sebab saya telah melaluinya sebanyak 2 kali. Dalam tempoh berpantang inilah kita akan menjaga diri kita sebaik mungkin. Pelbagai petua dan pantang larang yang akan kita dengari dan lalui. Pelbagai sebab kenapa dan mengapa kita kena ikuti petua dan pantang larang itu. Hanya satu demi kesihatan diri pada masa akan datang. Kita tidak mahu terima kesan buruk akibat tidak berpantang dengan elok. Semasa berpantang saya pastikan.. 1. Sentiasa pakai stokin untuk elakkan angin sejuk masuk. Angin sejuk mudah menyerang dari tapak kaki. 2. Rambut pendek. Mungkin tak semua orang suka rambut pendek. Tetapi saya akan siap2 potong rambut bila berpantang untuk memudahkan menyapu sebarang minyak untuk elak angin naik kepala. Saya guna minyak yang dibuat oleh nenek saya. Tak tahu apa. Orang muda hanya ikut sahaja hehe. 3. Pakai bengkung yang sesuai. Seeloknya dari paras bawaj dada