Kesan Pengambilan Produk Kesihatan Tanpa Kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Saya Nak Buat Pengakuan di Awal Pagi Ne..

Dulu saya pernah mengamalkan pengambilan produk kesihatan/jamu yang terang-terangan memang TIDAK ADA KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). Saya mengamalkannya atas cadangan seorang kawan yang juga mengamalkannya. Murah punya pasal saya cuba. Memang sangat2 murah..tak sampai RM10 untuk bekalan sebulan.

Pada awalnya memang kesan nampak sangat mengujakan. Tapi....ada tapinya..beberapa bulan selepas tu saya mengalami KESAN SAMPINGAN daripada pengambilan produk tu. Selama 4 BULAN..sekali lagi..4 BULAN saya mengalami masalah dalaman (bkaitan dgn kesihatan wanita)masa ne saya masih bujang. Masa tu hanya saya & Tuhan yang tahu betapa saya tertekan & risau akan masa depan.

Mujur saya sedar awal akan keburukan produk tu & terus berhenti mengamalkan pengambilan produk tu. Syukur..pemulihan hanya mengambil masa yg pendek walaupun boleh dianggap lama juga sebab mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke keadaan normal. Tapi berbanding mereka yg bertahun-tahun atau langsung tidak dapat pulih..ianya lebih baik.

Kemudian saya bertemu dengan SHAKLEE. Memang tak pernah dengar tentang Shaklee sebelum ne. Masa tu saya cuma nak cari produk yg sesuai dgn seorang kawan saya yg pada masa tu mengalami masalah CYST. Saya ingat lagi masa tu APRIL 2013. Saya dapat tahu ramai yg ada cyst menerima kesan positif kesan pengambilan sejenis produk iaitu GLA Complex. Saya kemudian mencari maklumat kelulusan KKM(dah serik kot).Mujur Shaklee ada kelulusan KKM. Saya kemudian cerita dgn kawan saya tu & cuba cadangkan ambil GLA. Saya cuma cadangkan & tak tahu jika kawan saya terus take action or not. Tapi tak lama selepas tu sy dapat tahu dia join Shaklee. Kisahnya sy tak pernah tanya bagaimana..biarla kami menyimpan kisah masing2.

Berbalik pada saya..malam tu saya cuba bercerita dgn tunang saya (Suami saya sekarang ne la 😄), minta pendapat ok ke tak kalau sy cuba. Ada kelulusan KKM memang ok sangat la kan..keesokannya saya cari balik blog pengedar yg sama. Saya ingat lagi nama pengedar tu Aisyah. Saya buat pembelian melalui beliau utk produk yg sesuai dgn saya & berkait rapat dengan masalah saya baru2 tu. Ya..produk Shaklee yg pertama saya Consume adlh B-COMPLEX(nak bajet sy cuba 1 jenis dulu). Masa tu beli dgn harga runcit..yalah sy bukan ahli takkan nak harga ahli kan..akak tu kata nak harga ahli kena jadi ahli. Tapi sy kata nak cuba dulu.

Maka bermulalah kehidupan saya bersama produk shaklee. Sepanjang pengambilan B Complex memang ada kesan positifnya terhadap kesihatan dalaman (saya sangat syorkan pada wanita2, gadis2 bujang diluar sana amalkan B Complex sebelum kahwin yer..dah kahwin nt korang tahulah kenapa).

Sejak hari tu saya dh tak pernah consume & tak percaya pada mana2 produk yg tak ada kelulusan KKM. Sampai skrg sy masih dgn produk Shaklee..1 Family kot consume. Sebab kesan baik produk shaklee ne la sy join ahli..tp tu pn sebenarnya kena paksa smpi 3X bru join sbb sy tak tahu faedah yg sy dapat jika join.

Saya tahu masih ramai kat luar sana yg cari produk kesihatan tapi nak murah. Asal murah memang kualiti kurang. Dah tak berkualiti dpt kesan negatif pula. Sekarang ne pun heboh pasal keburukan produk2 yg takda kelulusan KKM kan..

Pengajarannya..

1. Janganlah amalkan pengambilan produk yg takda kelulusan KKM sebab nak murah.

2. Jangan terlalu sayang duit..sayangi dahulu kesihatan anda. Dah tak sihat lagi banyak duit kita buang.

Sekian.


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Lecithin Keras, Sukar Ditelan.

Chicken Pox vs Herbal Blend Shaklee

Alfalfa Legakan Gout

TAU TAK APA ITU ACACIA/ARABIC GUM???