Gastrik & Penawarnya



Apa itu penyakit gastrik?

Gastritis atau penyakit gastrik yang  umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Prostaglandin adalah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut daripada tindakan hakisan asid gastrik (asid yang dirembeskan oleh sel di dalam perut).  Apa yang terjadi pada pesakit gastritis adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara 2 faktor iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.

Punca Jangkitan gastrik boleh disebabkan oleh:

Bakteria (selalunya Helicobacter pylori), Virus (termasuk virus herpes simplex),Parasit, & Jangkitan kulat/ fungus

Punca Keradangan gastrik boleh disebabkan oleh:

✔Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).

✔Penggunaan alkohol.

✔Menghisap rokok.

✔Muntah kronik.

✔Kopi dan minuman berasid.

✔Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).

✔Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.

Jenis Gastrik

1. Gastritis ringan
2. Gastritis berat
3. Ulser gastrik (peptic ulcer)

Tanda-tanda gastrik :

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen (ulu hati)
2. Rasa senak, berangin atau pedih (perut kembung)
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Bagaimana mencegah gastrik?

1. Makan mengikut waktu
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

**Pengambilan sarapan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami gastrik.






Ulser yang disebabkan oleh gastrik








*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Rakan Kesihatan Anda

Sms/Pm/WhatsApp
013 546 1319

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.

Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..

DAFTAR SEKARANG DI SINI 

dan buat pembelian dengan harga ahli


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

Kebaikan Pengambilan Omega Guard Semasa Berpantang

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

KEBAIKAN B COMPLEX