Jerawat dan Tahap Kesihatan

Tahukah Anda Fakta  Jerawat?


Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yang sama, ini menggambarkan area dalaman kita yang tertentu mempunyai masalah, tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yang berlainan,itu adalah normal. Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yang tertentu. Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah. Namun lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.

��DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran.

Nasihat: Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.

��HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal.
Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

��DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

��PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

��PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

��PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Rakan Kesihatan Anda :)


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Vitamin C Shaklee vs Vitamin C Lain Di Pasaran

Kandungan Lecithin

Bayi & Penyakit Kuning

Kesan Kekurangan Zink