Rawatan Buasir Tanpa Pembedahan


Apa itu Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

Buasir Dalaman 
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Punca :
☆ Sentiasa duduk
☆ Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
☆ Cirit-birit
☆ Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
☆ Batuk yang teruk
☆ Bersalin
☆ Mengangkat berat
☆ Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual


**Tip-tip membantu masalah Buasir**
☆ Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 -3 liter sehari
☆ Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
☆ Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
☆ Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
☆ Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.


Ubah gaya hidup kita dan amalkan suplemen untuk membantu mengurangkan masalah sembelit.

OSTEMATRIX
Bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : 
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX :
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Whatsapp untuk pesanan produk, pendaftaran keahlian dan konsultasi.



Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.


PENAFIAN :
● Ini adalah testimoni individu, hasilnya mungkin berbeza dari individu lain.

● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

KEBAIKAN B COMPLEX

Kandungan Lecithin