Dengkuran Mengganggu Tidur Pasangan



Dengkuran semasa tidur adalah tidak normal. Ia menandakan sistem saluran pernafasan kita yang terganggu. Keadaan sebegini akan mengganggu kualiti tidur individu yang berdengkur, tetapi seringkali dianggap sebagai tidur yang lena. Bukan sahaja individu itu yang akan mengalami masalah kualiti tidur, malah tidur pasangan turut terganggu.

Apa yang perlu anda tahu tentang dengkuran?

Satu daripada lima penduduk dunia berdengkur. Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

Lelaki lebih banyak berdengkur. Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% lelaki dan 20% perempuan. Ini kerana kelebihan berat badan lelaki yang rertumpu dibahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara. Kelebihan berat badan pada wanita umumnya tertumpu dibahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

Berat badan berlebihan menyebabkan berdengkur. Berat badan berlebihan sangat biasa dalam kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

Pil tidur dan ubat penenang menambah risiko berdengkur. Ubat-ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

Wanita berumur 50an akan berdengkur sama banyak dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan  mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. 5%  perempuan berdengkur semasa berumur 30-an, namun pada usia di atas 50 tahun  jumlahnya boleh mencapai 40%. Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.




Berdengkur menandakan penyakitBendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA),satu gangguan umum dan berpotensi serius dimana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya. Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori trak yang laju di jalan raya.

Merokok menyebabkan berdengkur. Asap rokok dapat menginfeksi jaringan  kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dengkuran anda atau pasangan?

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.

2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberikan kesan mengantuk sebelum tidur.

3. Memilih posisi tidur secara mengiring.

4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.

5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

6. Pengambilan vitamin E dan Omega Guard dapat mengurangkan dengkuran.




VITAMIN E sebagai antioksida yang kuat dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih berkesan.




DHA dan EPA dalam OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan berat badan(mengawal masalah obesiti) dan mengawal kolesterol. Ia juga melincirkan saluran darah dan membolehkan peredaran darah yang normal bagi memudahkan proses mengangkut bekalan oksigen ke seluruh tubuh. Selain mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎Sms/WhatsApp
013 546 1319

EMAIL : chrislinemarapus@gmail.com
Kesihatan Itu Kekayaan

www.kongsikesihatan.blogspot.com

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..


DAFTAR SEKARANG DI SINI 



Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kesan Kekurangan Zink

Alfalfa Legakan Gout

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

KEBAIKAN B COMPLEX