Nutrisi Ibu Hamil

Pemakanan seimbang semasa hamil adalah amat penting untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Tujuan pemakanan seimbang ketika hamil adalah untuk :-

☆ Perkembangan dan pembesaran janin.
☆ Simpanan bayi.
☆ Perkembangan uterus, uri dan buah dada.
☆ Simpanan ibu semasa(untuk) menyusukan bayi.
☆ Mengelakkan kekurangan zat makanan berlaku ke atas ibu dengan kehamilan yang kerap.
☆ Mengelakkan keguguran/kelahiran pra-matang.


Terdapat empat nutrien penting untuk ibu hamil yang patut diambil perhatian sepanjang kehamilan.

1. Kalsium

Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, bukan hanya untuk bayi tetapi juga untuk si ibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang si ibu akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang ibu semakin rendah, satu keadaan yang dipanggil osteoporosis. Malahan, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki ibu sering kejang semasa tidur.

Kalsium banyak diperolehi melalui pengambilan susu dan makanan dairy(tenusu) yang lain. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Terdapat juga individu yang akan mengalami alahan dengan barangan tenusu ini.

Contoh makanan yang mengandungi kalsium ialah sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang, dan kekacang.

Pil-pil kalsium juga kini boleh didapati dengan mudah dari farmasi atau klinik dengan harga yang berpatutan. Jenis yang terbaik ialah kalsium citrate kerana ia diserap dalam kadar yang tinggi berbanding kalsium carbonate, kalsium lactate, dan sebagainya. Kalsium juga memerlukan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan maksimum.

Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah 1100mg.

Ostematrix memenuhi semua syarat-syarat pengambilan kalsium yang baik. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang mengalami intollerance lactose atau alahan tenusu.



2. Zat Besi (Iron)

Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Ia juga merupakan salah satu daripada fungsi yang boleh dilakukan oleh folate. Kekurangan darah merah (anemia)akan menyebabkan rasa cepat letih, kulit menjadi pucat, sukar bernafas dan juga pitam. Keperluan zat besi meningkat 100% daripada 15mg sebelum mengandung ke 30mg semasa mengandung.

Keperluan zat besi ini lebih genting untuk wanita yang hamil dalam jarak yang rapat, mengandungkan kembar atau mengalami haid yang teruk sebelum hamil.

Sumber utama zat besi ialah, daging merah seperti daging lembu dan kambing. Zat besi sumber haiwan ini mudah diserap oleh badan.

Pengambilan pil zat besi yang boleh dibeli dari farmasi atau klinik adalah cara mudah untuk mendapatkan bekalan zat besi yang secukupnya. Ini penting sekiranya tidak dapat memperoleh zat besi daripada makanan dalam kuantiti yang cukup. Zat besi yang berlebihan pula tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan sembelit. Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Untuk itu dapatkan penjelasan lanjut daripada doktor atau ahli farmasi sekiranya ingin mengambil pil zat besi ini. Zat besi yang baik adalah dari sumber semulajadi dan mudah larut seperti vitalea.


Penyerapan dan penggunaan zat besi adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. Oleh itu, digalakkan mengambil makanan atau pil zat besi dengan segelas air buah. Jika tidak mampu menyediakan air buah setiap kali ambillah Vitalea bersama Sustained Release Vita C Plus 500mg untuk penyerapan optimum. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh agar boleh digunakan sepenuhnya dan mudah diserap oleh badan.


Penyerapan zat besi pula dibantutkan oleh kehadiran kalsium dan juga minuman yang mengandungi kafein  dan gas seperti kopi, nescafe, teh dan coke. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil pil zat besi dengan segelas susu atau minuman berkafein dan bergas.


3. Folat (Vitamin B)

Kebanyakan vitamin diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa mengandung. Ini tidak termasuk vitamin A, yang boleh dibuat sendiri oleh badan kita daripada simpanan beta carotena dalam badan.

Folat adalah sejenis vitamin B yang penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan pembentukan neural tube bayi.

Ibu mengandung perlu mengambil lebih kurang 600mcg folat setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh wanita yang tidak mengandung ialah lebih kurang 400mcg sahaja. Ini bermakna keperluan untuk folat meningkat 50% semasa mengandung. Kekurangan folat semasa mengandung akan menyebabkan kandungan darah merah yang rendah. Keadaan ini dipanggil anemia.

Pembentukan darah tambahan dan sel-sel tisu giat berlaku pada bayi. Ini memerlukan jumlah folat yang tinggi. Keperluan folat meningkat lebih tinggi sekiranya si ibu mengandungkan anak kembar. Begitu juga wanita yang hamil dalam jarak masa yang singkat perlu memastikan kandungan folat yang cukup kerana mereka mempunyai simpanan folat yang rendah di dalam badan mereka.

Kekurangan folat dikaitkan dengan masalah yang dikenali sebagai neural tube defects, iaitu sejenis keadaan di mana berlaku kecacatan pada saluran saraf bayi, yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Masalah ini boleh berlaku semasa awal kehamilan. Oleh itu, wanita yang merancang untuk mengandung dinasihatkan mengambil folat seawal yang mungkin.

Sumber utama folat ialah sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang. Folat mudah dirosakkan sekiranya sayur-sayuran diproses atau dimasak lama. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran yang segar atau separa masak bolehlah diamalkan.

Folat kini tersedia dalam bentuk pil atau dikenali sebagai asid folik. Terdapat juga folat yang telah dicampurkan didalam makanan seperti roti dan susu. Pil asid folik boleh didapati dari farmasi atau klinik dengan harga sebiji 5 sen sehingga 10 sen (bergantung pada jenama). Kandungan pil asid folik selalunya 5mg sebiji iaitu bersamaan 5000mcg. B Complex Shaklee adalah antara sumber folat yang berkualiti.


4. Karbohidrat

Makanan ini memberikan sumber tenaga utama kepada kita. Oleh itu sebahagian besar makanan harian kita perlu mengandungi makanan daripada kumpulan ini.

Namun bagi ibu hamil, makanan yang mengandungi karbohidrat ini tidak digalakkan untuk diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini kerana, ia akan memberi kesan yang tidak elok kepada si ibu. Contohnya ibu menjadi gemuk dan fetus akan menjadi besar sehingga akan menimbulkan masalah ketika melahirkan nanti.

Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi dan makanan lain yang mengandungi kanji yang tinggi seperti mi dan roti. Ibu hamil yang mengambil nasi sebagai makanan harian, dicadangkan mengambil 5.5 cawan nasi sahaja.


5. Makanan Lain

Makanan lain yang diperlukan oleh ibu hamil ialah gula, garam, lemak dan perasa makanan dalam kuantiti yang sedikit.

Sesetengah wanita hamil boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan gula dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan kencing manis. Pengambilan air hendaklah ditingkatkan. Ibu hamilkan digalakkan meminum air secukupnya.

Pengambilan ESP atau Energizing Soy Protein dapat menggantikan pengambilan nasi dan makanan lain yang diperlukan ibu hamil. Ia juga berkesan dalam mencegah kegemukan semasa hamil dan masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis kerana mengandungi GI (Indeks Glisemik) yang rendah. Esp membekalkan tenaga berpanjangan, memberi rasa kenyang yang lama sekaligus mengurangkan keinginan untuk makan.


6. Asid Lemak Omega 3

Pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan juga sangat penting ketika hamil. Omega Guard Shaklee merupakan sumber minyak ikan yang berkualiti(Start Trimester 2 & 3).

Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 termasuklah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.


Ibu hamil harus peka pada perkara yang perlu dielakkan ketika hamil :-

☆ Alkohol
Menyebabkan kerosakan pada sel-sel dan otak fetus.

☆ Rokok
Bayi menjadi kurus dan mempunyai saiz yang kecil.

☆ Ubat/dadah
Sesetengah ubat atau dadah akan menyebabkan kecacatan atau keguguran fetus.


Disclaimer:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎Sms/WhatsApp
013 546 1319

EMAIL : chrislinemarapus@gmail.com
Kesihatan Itu Kekayaan

www.kongsikesihatan.blogspot.com

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..


DAFTAR SEKARANG DI SINI 



Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Alfalfa Legakan Gout

TAU TAK APA ITU ACACIA/ARABIC GUM???

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

Tanda-tanda Demam Denggi