Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 21, 2016

CARA MENGATASI MIGRAIN

Imej
Migrain adalah sakit kepala yang amat teruk dan menyakitkan, didahului dengan tanda amaran deria seperti flash light (kupu kupu cahaya), blind spot (titik hitam yg terawang awang) , rasa mencucuk pada tangan dan kaki, loya, rasa ingin muntah, dan sensitif kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan migrain boleh berlansung selama berjam jam atau beberapa hari. Sakit kepala migrain berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yg terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit kepala, arteri temporal yg terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. 🌼Faktor yg boleh menyebabkan berlakunya migrain: 1. Kekurangan zat dan nutrisi 2. Faktor keturunan 3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid 5. Terlalu banyak mengambil kafein 6. Byk mkn makanan yang mengandungi MSG dan nitrat - seperti daging khinzir, sosej, salami.