Meroyan Selepas Bersalin

Ramai orang tak tahu yang mengandung adalah satu perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan. Dengan perubahan hormon, perubahan fisiologi. Hanya ibu itu sendiri tahu nikmatnya, sakitnya membawa bayi dalam perut, bersalin dan berpantang.

Akibat perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi bila tanya ibu lepas bersalin, mesti ada juga stresnya.

Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan.

Pertama adalah gangguan perasaan ringan (postpartum blues). Yang ni memang biasalah. Dah kita penat baru lepas bersalin. Rasa nak bergantung pada orang, nak jaga kita. Tapi orang lain pun mungkin ada tugas sendiri, jadi adalah juga rasa stres nak uruskan anak.

Tahap kedua ialah kemurungan (depression). Biasanya memang ada faktor risikonha. Tetapi, kalau tahap pertama tadi tidak dibendung, boleh juga jadi menjadi tahap kedua dan semakin teruk sampai tahap ketiga, iaitu gila meroyan (postpartum psikosis).

Kalau cakap, dah lama pun bersalin kan, 3 bulan. Yes!! Perubahan yang dialami wanita mengandung memang akan berakhir 2 ke 3 bulan selepas bersalin. Sebab tu KKM jaga sangat wanita lepas bersalin. Pergi melawat kat rumah, suruh datang klinik. Sebab nak jaga ni lah.


Penyebab Tekanan Selepas Bersalin

Sama seperti tekanan yang berlaku pada orang biasa, kemurungan lepas bersalin juga dikaitkan dengan bahan kimia dalam otak yang tak stabil. Bahan kimia (neurotransmitter) paling penting yang terlibat ialah serotonin dan norepinephrine yang sangat berkait rapat dengan kekurangan nutrisi.

Asid amino adalah antara nutrisi yang dikenalpasti  berkait rapat dengan masalah ini sebab asid amino adalah penting untuk penghasilan neurotransmitter.


Pemakanan Dalam Menangani Tekanan

1. Karbohidrat

Gula yang dibebaskan daripada karbohidrat yang dimakan akan membebaskan insulin. Insulin membantu sel mendapatkan gula untuk membuat tenaga dan pada masa yang sama turut mengangkut asid amino triptofan yang memberi kesan kepada neurotransmitter dalam otak.

Jadi, masa pantang jangan terlampau kawal sangat makan. Nasik makan sekepal ke apa. Sebab kurang karbohidrat meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya. Risau pula terkena kencing manis.

2. Protein

Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri dan 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian - asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine banyak membantu untuk kestabilan emosi.

Masalahnya, nak dapatkan 8 asid amino tu kena makan pelbagai jenis makanan.

3. Asid Lemak

Asid lemak omega-3 adalah asid lemak perlu yang mesti diambil dalam makanan. Omega-3 bukan sahaja penting untuk perkembangan otak kanak-kanak tetapi juga untuk perkembangan otak orang tua.

DHA adalah komponen utama dalam
otak manusia.

4. Vitamin dan mineral

Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah vitamin B dan folate.

Mineral yang diperlukan termasuk calcium, magnesium, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zink.

Setiap wanita memang perlu sangat untuk cukupkan keperluan nutrisi ini untuk jaga kesihatan diri. Apalagi, masa mengandung, bersalin dan berpantang, kita perlukan lebih banyak nutrisi bukan untuk kita sahaja tetapi untuk anak kita juga.

Dan cadangan saya untuk setiap wanita, mesti, wajib makan vitamin asas Shaklee. Kita kena jaga diri kita dahulu, barulah boleh jaga satu keluarga. Tambahan pula, set ini sampai bila-bila pun boleh makan. Sebelum mengandung, masa mengandung, bersalin, berpantang, menyusu semua boleh tidak ada masalah.

Jimat kan?

Disamping itu juga, ahli keluarga terutama suami kenalah tanya khabar orang berpantang. Kena selalu buat dia rasa gembira. Cari pembantu untuk tolong dia berpantang. Kalau nak mak dia jaga, tunaikanlah. Apalagi kalau jauh dari keluarga. Jika ada kesukaran..usahakanlah alternatif lain. Jangan bagi isteri bersedih, ok.




Untuk tempahan, maklumat produk atau konsultasi..bolehlah cuba menghubungi saya.

Disclaimer:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎Sms/WhatsApp
013 546 1319

EMAIL : chrislinemarapus@gmail.com
Kesihatan Itu Kekayaan

www.kongsikesihatan.blogspot.com

ATAU BUAT PEMBELIAN SENDIRI..

1. Klik Link di SINI 

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..


DAFTAR SEKARANG DI SINI 


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kesan Kekurangan Zink

Lecithin Keras, Sukar Ditelan.

Alfalfa Legakan Gout

Cara Kurangkan Sakit Senggugut