8 Kaedah Detoksifikasi
Detoksifikasi adalah proses mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh melalui urin, pernafasan, najis, dan peluh dengan menggunakan empat organ utama iaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit.
Detoksifikasi dilakukan untuk melawan kesan negatif dan berbahaya dari ubat-ubatan atau alkohol pada tubuh dan untuk memperkuatkan sistem imun.
8 Kaedah Detoksifikasi
1. Puasa
Ketika puasa, kita tidak minum dan makan beberapa jam. Sepanjang masa berpuasa tubuh melakukan pembersihan toksin dalam tubuh dan merehatkan badan. Ini merupakan kesempatan tubuh untuk mengatur semula fungsinya, melakukan pemulihan, dan penyegaran. Elakkan stres,untuk memberi ruang kepada tubuh untuk beristirehat secara mental dan emosi. Puasa sehari dalam seminggu sudah memadai.
2. Minum Air Secukupnya
Minum 8-10 gelas air putih setiap hari sudah cukup untuk menyediakan air dalam tubuh, tetapi anda perlu minum air lebih daripada biasa jika sedang melakukan detoksifikasi. Walaubagaimanapun, keperluan air setiap orang berbeza mengikut usia dan aktiviti fizikal.
3. Bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
Salah satu cara tubuh mengeluarkan racun adalah dengan melalui peluh. Suatu penyelidikan mendapati bahawa kandungan arsenik, kadmium, dan merkuri terkandung di dalam peluh yang dikeluarkan.
4. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan.
Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak zat-zat penting yang dapat membantu fungsi tubuh. Lebih banyak mengambil sayur dan buah-buahan setiap hari akan membantu mengeluarkan toksin dari tubuh. Kandungan serat dalam sayuran dan buah-buahan membantu tubuh menghilangkan toksin.
5. Elakkan tabiat tidak baik
Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Asap rokok dan ketika anda menghisap rokok menyumbang kepada kuantiti toksin dalam badan.
Pengambilan alkohol juga harus dielakkan kerana alkohol akan menambahkan beban kerja pada hati yang berfungsi untuk membantu anda menapis toksin.
Kurangkan atau elakkan pengambilan kafein dalam minuman mahupun makanan. Gantikan minuman dengan teh hijau kerana sungguhpun teh hijau mengandungi kafein, teh hijau mengandungi polifenol iaitu, sejenis antioksidan yang dapat membantu menghilangkan toksin dalam tubuh.
6. Kurangkan pengambilan gula.
Pengambilan gula yang banyak membebankan kerja pankreas dalam menghasilkan insulin. Pilihlah makanan sumber gula (karbohidrat) yang mengandung serat, seperti gandum, oat, dan beras merah.
7. Tidur yang cukup.
Tidur merupakan waktu untuk tubuh berehat. Tidur yang cukup membantu tubuh mengurangkan racun, kerana ketika tidur organ-organ dalam tubuh tidak bekerja keras seperti ketika kita tidak tidur. Kurang tidur akan melemahkan sistem imun, sehingga kita mudah jatuh sakit.
8. Amalkan pengambilan suplemen.
Suplemen dapat membantu kita detoksifikasi dan juga mengisi kekurangan nutrisi dalam badan.
![]() |
Set Detoks Shaklee |
Herblax - Daun Senna adalah herba yang sangat mesra dengan kolon. Ia membantu mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan proses pencernaan. Daun Senna memang terkenal dari zaman dahulu kala sebagai julap lembut.
Alfalfa Complex - Dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Ia tinggi alkali untuk bertindak balas dengan asid yang dihasilkan olek toksin. Juga membantu menurunkan berat badan berlebihan.
Peppermint Ginger Plus - Ia digunakan secara tradisional untuk melegakan ketidakselesaan perut, rasa kembung dan berangin.
DTX Complex - Kaya dengan herba yang dikenali sebagai "Liver Tonik" - Milk Thistle. Ia membantu mengembalikan tenaga dan membantu kulit lebih cantik dan berseri. Sebagai detoks hati.
Vivix - Kaya dengan Polyphenol yang tinggi ANTIOKSIDAN. Tonik paling baik untuk meningkatkan tenaga dan bertindak sebagai agen anti-penuan. Detoks pada tahap sel.
Atau, klik whatsapp untuk pesanan produk, konsultasi dan pendaftaran keahlian.
Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.
PENAFIAN :
● Ini adalah testimoni individu, hasilnya mungkin berbeza dari individu lain.
● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.
Ulasan
Catat Ulasan