Apa itu Asma? Kenali Asma.

Asma adalah reaksi alahan pada salur pernafasan terhadap alergen seperti debunga, udara sejuk, mahupun tekanan.

Apabila asma menyerang, salur pernafasan akan menjadi sempit sehingga menyebabkan penghidap asma sukar untuk bernafas.

Antara Gejala Asma :

1 ) Batuk pada waktu malam atau cuaca sejuk.

2) Susah bernafas.

3) Nafas berbunyi.

4) Dada berasa ketat dan tegang.

(**Jika bayi**)
1) Bayi rasa tertekan atau menangis.

2) Otot leher mengecut dalam setiap nafas. 
- rongga di bawah dagu bayi mengembang setiap kali dia bernafas.

3) Perut bayi bergerak lebih daripada dadanya. 

4) Ruang antara tulang rusuk akan masuk dalam setiap nafas.

5) Bunyi pernafasan yang berdehit.

Sumber : The Asian Parent Malaysia




Menurut Dr. Abdul Razak Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur , Asma adalah penyakit sepanjang hayat dan tidak ada penawar. Penghidap perlu melakukan pencegahan atau kawalan ke atas penyakit mereka. 

Pesakit asma akan memerlukan dua jenis ubat iaitu, reliever (pelega) Broncholidators dan controller (pengawal) Corticosteroids.


Bagaimana mencegah serangan asma?

1) Peka terhadap penyebab utama asma.

2) Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama.

3) Jauhi perokok.

4) Ambil ubat pencegah sekerap mungkin.

5) Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru.

Maklumat atau sebarang persoalan berkaitan penyakit asma kini boleh didapati dengan mudah menerusi laman web www.asthmamalaysia.org , iaitu laman web hasil inisiatif Pertubuhan Asthma Malaysia yang berperanan untuk memberi kesedaran tentang penyakit asma.

Semoga artikel ini dapat membantu anda penghidap asma mahupun ahli keluarga kepada penghidap asma untuk lebih mengenali apa itu asma?. Saya adalah salah seorang yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap asma. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi tentang asma.



Ulasan

Popular Post

Alfalfa Legakan Gout

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kandungan Lecithin

Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.

Chicken Pox vs Herbal Blend Shaklee