5 Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

Hari ini saya ingin berkongsi petua untuk banyakkan air susu ibu. 

Ramai ibu yang kurang bernasib baik untuk mempunyai susu yang banyak secara semulajadi namun dengan amalan petua yang betul, ia tidak menjadi masalah lagi. Masa awal-awal kelahiran, 2-3 hari macam tu, memang susu ibu tidak banyak kerana bayi hanya perlukan sedikit kolostrum yang pekat untuk permulaan hidupnya. Jangan pula ibu terus down dan berikan susu formula.

Ramai ibu yang bekerja  akan mula menyimpan stok sewaktu berpantang. Jadi 5 petua untuk banyakkan susu ibu ini semasa berpantang sangat elok diamalkan seawal mungkin. 


Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

1. Perah Susu Ibu

Semasa sedang berpantang, bonding dengan bayi mula dibina. Jadi, sentiasa berikan hanya susu badan secara terus. Bila bayi telah lena, perah susu badan untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Ini bagi memastikan demand tetap walaupun bayi menyusu sedikit. Jika bayi hanya menyusu di sebelah payu dara, perah payu dara sebelah lagi. Boleh gunakan pump atau marmet. Lagi rajin ibu perah, lagi banyak susu ibu yang bakal terhasil. Susu perahan atau EBM ini jangan pula diberikan pada bayi diperingkat awal. Hanya guna masa 2 minggu sebelum mula bekerja itupun bukan setiap masa. Mula dengan sehari sekali EBM semasa 2 minggu sebelum mula bekerja sebagai latihan untuk bayi.

Jika ibu rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang melakukan pemulihan, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protin ( ESP) dan VITALEA sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga. Yang paling best, ESP  dan VITALEA ini dapat membantu menggalakkan penghasilan susu ibu semasa berpantang.

Kenapa? Sebab badan yang sihat memainkan peranan untuk hasilkan banyak susu. Badan ibu juga akan lebih cepat pulih selepas bersalin dan kulit lebih sihat dan cantik.


2. Minum Air Masak Secukupnya

Oleh kerana susu ibu sememangnya dari air jadi ibu kena pastikan minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2 liter. Air suam sangat bagus dan sesuai. Minum banyak air kosong penting untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang dan menggantikan kehilangan air dari badan.


3. Elakkan Susu Formula Jika Tidak Perlu

Kalau kita dah sedia dengan susu formula, selalunya kita akan cepat kalah dan menyerah. Paling bagus, jangan ada susu formula bayi dalam rumah dan jangan dengar suara-suara yang membuat kita tergugat. Sebagai ibu, kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Abaikan kata-kata orang lain. Susu formula adalah pilihan ke-4 selepas susu ibu sendiri, EBM dan susu ibu dari ibu susuan.


4. Jaga Pemakanan

Ada makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu seperti kobis. Ia boleh membuatkan susu ibu kering untuk kebanyakkan wanita. Ada minuman dan makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu seperti susu, halba, lobak putih,  dan ALFALFA. Amalkan makanan dan minuman yang tinggi kalsium dan protein seperti susu, brokoli dan ikan. Ini kerana komposisi susu ibu tinggi dari kedua-dua jenis nutrisi ini. Susu seperti teman sejati ibu-ibu yang menyusu sejak dari mengandung lagi. Namun, ramai juga yang tidak lalu minum susu. Jadi, pilihan yang bijak adalah mengambil OSTEMATRIX, kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan. Selain itu, ostematrix juga dapat hilangkan sakit-sakit badan selain mengurangkan SEMBELIT.


5. Positif, Yakin dan Elakkan Stres.

Stres juga boleh menyebabkan penghasilan air susu badan merundum. Selalunya, bila anak sudah 2, 3 orang dan seterusnya..kesabaran pasti tergugat dengan kerenah anak-anak yang lain. Untuk kekal tenang amalkan pengambilan B COMPLEX bagi membantu kawal emosi. Kita juga boleh minta tolong orang lain sementara kita hendak bertenang. Jangan malu kerana kita sedang melakukan yang terbaik.

Susu ibu adalah yang TERBAIK!
Bagi membantu anda menjalankan penyusuan dengan lancar..bolehlah mendapatkan Set Penyusuan Lengkap Shaklee.

Testimoni :






Klik gambar untuk dapatkan Set Penyusuan Lengkap anda.


Atau, klik link whatsapp untuk pesanan produk, pendaftaran ahli dan konsultasi.



Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.



PENAFIAN :
● Ini adalah testimoni individu, hasilnya mungkin berbeza dari individu lain.

● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Alfalfa Legakan Gout

Lecithin Keras, Sukar Ditelan.

Testimoni Kurus Dengan Lecithin dan Herblax Shaklee

TAU TAK APA ITU ACACIA/ARABIC GUM???