Pengsan Semasa Hamil

Teringat pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama. 1st Trimester suami saya tak bagi saya makan apa2 suplemen/vitamin..risau kalau ada apa2 terjadi dengan kandungan katanya. So..terpaksalah saya bertahan dengan alahan saya. Saya tak boleh hidu sebarang bau..kalau boleh taknak tercium apa2 bau pun. Mandi kalau boleh taknak bersabun..tapi saya tetap pakai jugak la kan..nanti badan bau bucukkkk pla heee. Suami pun tak boleh duduk dekat sebab saya terhidu bau busuk walaupun dia baru ja mandi dan berwangi-wangi..kesian sungguh Sang Suami kan...Masa ne badan memang hari2 lemah..dah macam pemalas pula nak buat keja..tak bertenaga, minum air sikit pun boleh muntah. 



Hanya orang yang alami morning sickness saja faham betapa deritanya keadaan ini hihi..tekak jangan cakaplah kalau dah muntah tanpa isi..tekak memang perit...Still lagi suami saya tak benarkan ambil apa2 suplemen/vitamin. Ambil nutrisi dari makanan yang kami makan hari2 ja. Tapi macamna nak dapat nutrisi kalau makan pun tak lalu..masa ne paling saya benci hidu bau bawang dan bau daging merah..loya teramat.


Kisahnya begini..(berlaku pada pertengahan december 2014) ada satu malam tu..kitorang suami isteri pergilah kat DownTown Serdang..asalnya dari rumah saya nampak sihat ja. Sampai pasar malam tu terhidu berbagai macam bau makanan..muka saya terus pucat..rasa nak pitam. Suami cepat2 bawa lari dari kawasan orang panggang kepak ayam & so on..tapi pasar malam ofkos la mana2 pun ada jual makanan. Akhirnya saya dah tak boleh tahan.. minta suami tunggu sekejap..nak duduk rehat sebab badan dah seram sejuk dah nak pengsan. 

Syukur..akhirnya saya sampai rumah dan sedang terbaring lena diatas tilam yang empuk..sangat2 selesa masa ne. Tiba2 dalam tidur saya terdengar suara perempuan dan suara suami saya. Suami saya kata "dia pregnant..saya pun tak tahu pula boleh pengsan sebab dari rumah tadi sihat je". Rupa2nya..saya dah pengsan tak sedar diri..masih lagi kat pasar malam sebenarnya hehehe... 

Masa ne baru suami sedar ibu mengandung perlukan sesuatu yang lebih daripada yang ada. 18hb Dec 2014 kitorang akan balik Sabah. Sebab risau sejarah mungkin berulang..17h Dec 2014 suami saya pergi ke Branch Shaklee untuk membeli Fullset Vitamin Kehamilan untuk tambah vitamin yang sedia ada di rumah. Sebelum preggy saya memang dah consume vitamin Shaklee..sebab tu hb cantekk sejak dari awal kehamilan - (curi2 makan Vitalea & B Complex tanpa pengetahuan suami sebab nak jaga hb). Subuh 18hb tu suami saya sendiri bancuh ESP untuk tenaga. Flight kitorang 9am. Syukurlah sampai kampung saya tak pengsan..1 hari tu memang rasa bertenaga sangat walaupun tak lalu makan apa2 dalam perjalanan.

Saya consume vitamin Shaklee sampailah saya bersalin. Masa masuk ward tu..bacaan hb saya diambil dan result 11.5. Sekarang saya dah ada 2 orang anak. Masa mengandungkan anak kedua pun saya tetap amalkan Shaklee dan takdalah lagi kisah pengsan (Masih alami morning sickness yang sama ketika hamil anak kedua). Sehingga kini saya masih mengamalkan Shaklee untuk penyusuan dan kesihatan diri sendiri. 

So suami2 diluar sana..jangan pandang remeh morning sickness ne. Kesannya pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Bagi anda yang mahu dapatkan vitamin lengkap untuk kehamilan..bolehlah hubungi pengedar yang sah disini.

Ulasan

Popular Post

Alfalfa Legakan Gout

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kandungan Lecithin

Chicken Pox vs Herbal Blend Shaklee

Omega Guard Shaklee Boleh Menyebabkan Usus dan Perut Bocor.