Bahan Terlarang Dalam Kosmetik : Cantik atau Sakit

Kenapa skin care yang ada bahan kimia kulit akan cepat cantik, jerawat 1 biji pun tak naik, cepat glowing kemerah2an tapi bila stop 2 hari kulit kusam???

Dan kalau perasan sekarang tiada lagi produk yang ada penglupasankan tapi tiba2 cerah dan putih dengn cepat...ada sesuatu di situ...
.
.
Teknologi kosmetik beracun mencipta krim yang paling mudah masuk dalam salur darah - raksa.
.
.
Selain raksa, ada beberapa bahan lain yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon.
.
.
Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan lalu masuk ke salur darah. Raksa berbahaya kerana ianya mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

KESAN BURUK MERKURI

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.


Berhati-hatilah memilih kosmetik. Pilihlah kosmetik yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi.

Belajarlah mengenali bahan-bahan terlarang agar mudah untuk anda membuat pemerhatian pada produk yang anda hendak gunakan.


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Alfalfa Legakan Gout

TAU TAK APA ITU ACACIA/ARABIC GUM???

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

Tanda-tanda Demam Denggi