Bayi & Penyakit Kuning
SIAPA BAYI YANG BERISIKO UNTUK MENGALAMI KEKUNINGAN
Bayi yang berisiko untuk mengalami penyakit kuning termasuk:
1. Bayi yang lahir secara pra-matang. Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka yang belum matang.
2. Bayi yang mengalami lebam (pendarahan di bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan. Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum.
3. Jika jenis darah ibu berbeza dari darah bayi, bayi boleh mengalami tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak.
4. Ada yang mengatakan bayi yang menyusukan adalah berisiko tinggi untuk penyakit kuning. Hipothesis ini bleum disahkan. Jika pun berlaku ia bersifat sementara saja.
5.Bayi yang tidak cukup diberikan air (susu) dan tidak mendapat kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning.
6. Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahem. Atau bayi mengalami masalah sumbatan pada saluran hempedu akibat kecacatan semenjak lahir juga menyebabkan masalah kekuningan.
BAGAIMANA MEMERIKSA KEKUNINGAN
Kekuningan pada kulit dan putih mata adalah tanda penyakit kuning bayi yang biasanya muncul antara hari kedua dan keempat selepas kelahiran.
Jadi jika kekuningan melebihi 2 minggu, mungkin ianya bermasalah.
Untuk memeriksa penyakit kuning bayi, tekan perlahan-lahan pada dahi atau hidung bayi. Jika kulit kelihatan kuning di mana ia ditekan, kemungkinan bayi mempunyai penyakit kuning yang sederhana.
Jika bayi tidak mempunyai penyakit kuning, warna kulit bayi akan kelihatan seperti pucat daripada warna biasa untuk seketika.
Periksa bayi dalam keadaan pencahayaan yang baik, sebaik-baiknya dalam cahaya semulajadi.
#Kredit : Dr. Zubaidi
Ulasan
Catat Ulasan