Kegunaan Basic H Shaklee
Hari ini Sis nak kongsikan tentang pencuci organik yang Sis guna selama ini. Jom Sis kongsikan kegunaan Basic H..
Basic H ni bukan sahaja pencuci dapur, tapi ia adalah pencuci yang selamat sebab guna yang:
1. Organik
2. Tanpa bahan kimia
3. Tanpa gas beracun
4. Tanpa bahan pewangi
5. Lembut pada tangan
6. PH seimbang
7. Tanpa klorin
#BasicH mampu menjadikan kerja- kerja harian di rumah menjadi mudah. Dibawah ini ada disenaraikan kegunaan #BasicH dan caranya.
1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia. Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.
5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.
6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan sebagainya.
Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.
7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan anak.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.
9. Mengasah Pisau
Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa.
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian di bilas.
Disini pula diterangkan tentang kegunaan Basic H Shaklee di waktu kecemasan.
1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah di bilas.
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.
3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.
4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor).
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat
Basic H ini boleh dibeli dengan set nya yang lain tau..ia didatangkan satu set oleh shaklee sebenarnya iaitu, Set Get Clean Home.
Boleh saja order sendiri DISINI.
Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga yang lebih murah, lebih jimat.
Daftar DISINI sekarang!!
Ulasan
Catat Ulasan