BLOG BUAT WANITA INI BERHENTI KERJA : KISAH BENAR

Peluang Bisnes Modal Kecil Untung Berganda kepada Blogger Baru

Assalamualaikum wbh 

Hari ni saya nak senyum lebar-lebar kerana terbuka hati nak share peluang bisnes modal kecil tetapi untungnya insyaallah berganda-ganda buat blogger baru yang sayangkan dunia internet marketing ni.

Blog dunia perkongsian tanpa sempadan

Ya, saya akui, memang saya tidak menyangka yang saya boleh pergi sejauh ini. Tiada modal besar. Hanya RM65! Biar betul? RM65 sahaja?

Saya bermula sebagai blogger kecil kecilan dengan blog perkembangan anak sulung saya. Ya, siapa yang tak teruja dengan kelahiran anak pertama, bukan?

Dari blog itu, saya belajar mengenai ilmu blog, membuat jaringan kawan-kawan, menjadi follower kepada blog-blog hebat, dan minat dalam bidang blog ni berkembang dengan besarnya.

Dari blog lah saya mengenali supplement semulajadi Shaklee. Saya mula tertarik dengan keistimewaan supplement ini semasa saya membuat projek untuk Master saya mengenai aktiviti enzim di dalam hati. Ingat lagi, ada satu tugasan yang membuatkan saya terpaksa mencari senarai ubat-ubatan dan vitamin yang dijual di farmasi-farmasi.

Saya dapati, Shaklee lain dari yang lain. Sebab ia semulajadi. Untuk orang yang tidak concern mengenai bahayanya vitamin sintetik, tidak mengapalah.

Saya ingat lagi, ketika saya sakit perut kerana period pain di makmal, Supervisor saya mengajukan satu balang besar panadol, nah, ambil ni, dari sakit perut better makan! Semudah itu kan :)

Tapi, bagi saya yang sedang membuat kajian ijazah sarjana di Fakulti Farmasi membuatkan saya takut sendiri. Ada banyak sebab kan. Jika nak tahu kenapa saya sangat takut dengan vitamin sintetik pm sahajalah saya ya :)

Alhamdulillah merasa dapat menerima ijazah sewaktu dalam pantang

Dari kajian Master, bercampur minat berblog, saya kongsikan pengalaman saya setelah saya mula bekerja. Saja, suka-suka. Saya buat zero modal. Saya menjadi ahli Shaklee, merasa sendiri perubahan terutama badan yang letih bekerja, sakit belakang boleh dihilangkan cepat dengan Ostematrix. Alah, setakat ubat sintetik, saya boleh jenguk-jenguk sahaja kan dalam makmal Fakulti saya tu. Eh, saya tak pernah buat ambil terus, harta kerajaan tu!

Dari Blogger kepada Peniaga Online

Senang saja, cuma kongsikan perasaan anda, cerita anda, pengalaman anda bersama vitamin semulajadi Shaklee ini. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki dengan orang bertanyakan bagaimana mahu membeli.

Perniagaan Saya Zero modal!

Ya, tiada modal kerana, buat permulaan, saya hanya beli untuk keperluan saya seisi keluarga, itu supplement saya :)

Apabila ada yang berminat membeli, baru saya beli dari Shaklee dan poskan kepada mereka yang berminat itu. Jika banyak kuantitinya, Shaklee juga menyediakan perkhidmatan pos melalui GDEX dan sangat menguntungkan kerana kos posnya adalah flat rate. Semua barangan tidak kira berat ke Semenanjung Malaysia, berharga RM10 dan Sabah Sarawak RM20.

Best betul berShaklee!

Saya seronok membantu orang memberikan konsultasi. Sekiranya penat bekerja, buat blog dan layanlah pelanggan kesayangan anda itu. Itulah cara saya melepaskan tekanan bekerja. Seronok berkongsi pengalaman dengan ramai orang, ketika itu pelanggan saya ramai yang ingin mencuba set kesuburan dan penyusuan.

Bonus Masuk Tanpa Sedar!

Alhamdulillah, dalam keseronokan berkongsi, saya dapat bonus bulanan. Saya gunakan duit bonus tu untuk membeli stok untuk disimpan di rumah, supaya jika ada pembaca blog yang ingin beli supplement keperluan mereka secara COD, saya dapat memenuhi permintaan mereka secepat mungkin.

Naik Pangkat!

Ya, saya belum ada rezeki untuk naik pangkat dalam kerjaya saya, tapi saya berpeluang mendaki dari satu tangga ke tangga yang lain dengan berblog sahaja. Alhamdulillah, rezeki saya melimpah ruah dengan bisnes ini. Keberkatan yang kita dapat dilihat dengan memberi banyak manfaat kepada orang lain, menggembirakan hati orang lain, anda pun akan turut merasa bahagia.

Percutian ditaja.

Siapa sangka, dengan berblog sahaja, saya dapat merasa percutian 5 bintang di Kota Kinabalu bersama suami, tidur di hotel mewah di Sunway Resort and Spa dan Suami berpeluang ke United States (US) yang semuanya ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Keutamaan kepada keluarga.

Ya, siapa juga sangka, dengan berblog, saya merasa untuk membeli rumah sendiri, membeli kereta sendiri, merasa percutian-percutian mewah yang sudah mampu saya tanggung sendiri untuk menggembirakan hati keluarga, menyediakan keperluan ibu bapa dan mertua dan mula tahu erti konsisten dalam berzakat dan bersedekah sebagai keperluan utama dalam hidup.

Pertama kali merasa naik Luge di Singapura!

Blog buatkan saya berhenti kerja!

Kerana blog, saya berhenti kerja dan menjana pendapatan lebih 5 kali ganda dari pendapatan asal.

Kerana blog dan Shaklee saya berjaya menukar status yang diidamkan oleh semua wanita iaitu menjadi WAHM!

Allahuakbar, tak tergambar perasaannya sekarang bila mendapat time freedom sebegini!

I am a Happy WAHM!

Kredit : Pn. Ainul


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

KEBAIKAN B COMPLEX

Kebaikan Pengambilan Omega Guard Semasa Berpantang

Alfalfa Legakan Gout