6 Golongan Perlukan Lebih Protein Dalam Diet Harian

Protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal seseorang.

6 golongan yang perlu lebih protein dalam diet harian mereka adalah ;

1. PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:
• Menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.

2. INDIVIDU BINA BADAN
Otot perlukan sokongan semasa melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.

3. INDIVIDU PERTENGAHAN USIA
Apabila memasuki usia pertengahan, badan akan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dan senaman bagi mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

Tambahlah 25g protein soya ke dalam diet harian kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

4. IBU HAMIL
Apa yang baik untuk ibu adalah baik untuk bayi.
Ambil lebih protein untuk:
• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga dimana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot
tanpa meningkatkan lemak.

5. IBU YANG MENYUSUKAN BAYI
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua
kali ganda lebih protein berbanding ibu yang
tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:
• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting didalam susu ibu.

6. INDIVIDU YANG MENJAGA BERAT BADAN
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih
lama.
• Membantu mengawal pengambilan kalori
untuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme.

Jika anda salah seorang daripada golongan diatas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.


Energizing Soy Protein

Sumber protein jenis serbuk ini boleh didapati disini. 


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

Kebaikan Pengambilan Omega Guard Semasa Berpantang

Kepentingan Pengambilan Ubat Cacing

CoQTrol Plus Untuk Kesihatan Jantung dan Darah