Cara Mengatasi Ketidakselesesaan Semasa Berpuasa

Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu anda mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

1) KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI)
Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati. Puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila teringat mengenai makanan atau terhidu bau makanan dimana, secara semulajadinya akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.

Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
• Mengurangkan pengambilan kafein.
• Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus.
• Mengambil pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.

2) SEMBELIT
Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa, disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat.

Penting bagi anda untuk:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat berserta buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-Lax, sebagai julap semulajadi.

3) LETIH/LESU
Pengambilan nutrien dan tidur yang tidak mencukupi serta kehilangan elektrolit menyebabkan tahap tenaga menurun.

Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
• Mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur.
• Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance Drink.
• Rancang makanan untuk sahur dan iftar dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

4) SAKIT KEPALA
Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.

Kurangkan sakit kepala dengan memastikan  anda :
• Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - pastikan bangun untuk sahur.
• Pastikan mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengan
Performance Drink yang membekalkan gabungan unik elektrolit.

5) DEHIDRASI
Secara semulajadi, badan akan kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kecil. Kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi, dan pendedahan kepada haba. Pengambilan air yang rendah sebelum memulakan puasa serta aktiviti fizikal akan menyebabkan dehidrasi lebih teruk.

Elakkan dehidrasi dengan:
• Berada di persekitaran yang sejuk.
• Elakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
• Minum Performance Drink, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

6) PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI
Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
• Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
• Mengambil Lecithin sebagai pengemulsi lemak semulajadi.


Manfaat Set Puasa Shaklee

1 - ESP Mix Soy Protein Isolate Powder
- Memberikan tenaga berterusan,
- Berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi.
- Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
- Lengkap dengan 9 asid amino perlu.

2 - Performance® Drink
- Menyegarkan dan menghilangkan dahaga.
- Dengan proprietari OPTI-LYTE™ campuran
elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

3 - Meal Shakes
- Makanan lazat dimana-mana sahaja.
- Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein.
- Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa dimana-mana sahaja.

4 - Lecithin
- Lemak sihat yang anda perlukan.
- Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman.
- Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina didalam tubuh yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

5 - Herb-Lax
- Untuk Pelawasan
- Campuran proprietari Herb-Lax termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.
- Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh.

6 - Peppermint-Ginger Plus
- Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

7 - Cinch® Shake Mix
- Minuman yang lazat, pantas disediakan dan berkhasiat. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.

Dapatkan set puasa anda disini. 


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kesan Kekurangan Zink

Alfalfa Legakan Gout

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

KEBAIKAN B COMPLEX