Kenapa Ibu Perlukan Lebih Protein?

Ibu adalah insan yang paling sibuk di dunia. Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, ibu seringkali mengabaikan diri sendiri kerana lebih fokus kepada hal lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani
rutin seharian dengan baik.

Bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu?

1) Meningkatkan Seri Kulit
Untuk kulit yang berseri, berikan kulit protein yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan kesemua asid amino perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.


2) Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3) Melegakan Ketidakselesaan Perut
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan yang mana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih ulu hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa dan dimana jua.

Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut sentiasa sihat.


4) Menyokong Kehamilan Yang Sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.


5) Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Sumber protein yang terbaik adalah berasaskan tumbuhan iaitu, Energizing Soy Protein.

Ibu-ibu boleh dapatkan sumber protein berkualiti tinggi disini. Ia juga sesuai untuk anda yang vegetarian kerana ianya protein berasaskan tumbuhan iaitu soya.


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

Apakah Sembelit? Punca dan Penyelesaiannya.

KEBAIKAN B COMPLEX

Kandungan Lecithin