Makanan Sihat Untuk Anak

Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pemakanan sihat anak saya. Seperti kanak-kanak lain, anak saya juga suka akan makanan ringan atau jajan. Semestinya tidak sihat. Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak saya membesar dengan makanan yang tidak berkhasiat. Jadi, saya berusaha meminimakan bekalan makanan ringan dalam rumah. Biasalah..kadang-kadang kita ibu ne dah berusaha, tapi si ayah pula kesiankan anak..apalagi bila anak melihat kawan-kawan makan makanan ringan. Terpaksalah kita belikan jika berada diluar..dan membawanya balik ke rumah.

Bagi memberikan nutrisi yang cukup kepada anak. Saya berikan anak saya VITALEA FOR CHILDREN dan MEALSHAKES. Saya ingin bercerita kenapa saya suka berikan vitalea kanak-kanak ini kepada anak saya kerana vitamin inilah yang tidak pernah putus bekalan dalam rumah berbanding mealshakes. Mealshakes nanti kita cerita pada entri lain ya :)

Ini sebabnya kenapa saya pastikan Vitalea kanak-kanak sentiasa ada..

✓Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.
✓Dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi.
✓Bebas gluten.
✓Berperisa anggur lazat dan anak saya memang sukakannya.

Paling penting..Vitalea kanak-kanak ini..
✓Diformulasi dengan 18 vitamin dan mineral penting, iaitu;
• Vitamin A
• Vitamin C
• Vitamin D
• Vitamin E
• Thiamin
• Riboflavin
• Niacinamide
• Vitamin B6
• Folate
• Vitamin B12
• Biotin
• Asid Pantothenic
• Kalsium
• Besi
• Iodin
• Magnesium
• Zink
• Tembaga

Daripada senarai mineral dan vitamin ini sahaja sudah meyakinkan saya bahawa saya telah berikan yang terbaik untuk anak. Apatah lagi bila melihat kesannya terhadap anak saya. Daripada tidak suka makan..menjadi berselera makan. Daripada tidak suka sayur..kini dah pelbagai jenis sayur dia boleh makan.


Anak tak gemuk ke makan vitamin?
Anak saya tak gemuk dan tak kurus. Berat badan ideal/normal. Ketinggian juga normal.

Sebenarnya Vitalea kanak-kanak ne sangat sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk untuk diberikan pada anak. Kesibukan kadangkala menjadi faktor kita kurang masa untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak. Jadi pemberian vitamin kanak-kanak iaitu, #Vitalea_for_children Shaklee adalah amat tepat.


Ibu-ibu boleh dapatkan vitamin ini disini. 

Atau terus whatsapp kat sini. 


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

Kebaikan Pengambilan Omega Guard Semasa Berpantang

Kepentingan Pengambilan Ubat Cacing

CoQTrol Plus Untuk Kesihatan Jantung dan Darah