Minuman Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Pemakanan yang sihat adalah bermula dari rumah. Minuman protein tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat kita dan ia banyak digunakan sebagai minuman kesihatan.

Protein soya adalah minuman yang disukai ramai. Ia membekalkan asid amino, tidak mengandungi kolesterol dan laktosa, serta sesuai untuk golongan vegetarian dan mudah dihadam. Paling penting, ia sesuai diamalkan oleh seisi keluarga.


Tips Memilih Sumber Protein Yang Baik.

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein berasaskan tumbuhan dan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya dalam kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs Bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Sumber protein soya,khususnya ESP adalah Non-GMO.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber Yang Diproses?
Sebaiknya dapatkan protein dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet, bolehlah memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.


Energizing Soy Protein

Apakah manfaat yang diperoleh daripada pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) ini?

Manfaat Untuk Ibubapa
• Memberi tenaga sepanjang hari.
• Menggalakkan perkembangan otot yang sihat.
• Mengekalkan kekuatan otot.
• Meningkatkan kesihatan prostat(Ayah).
• Menggalakkan kulit licin dan berseri.
• Menguatkan rambut dan kuku.
• Menyokong kehamilan yang sihat(Ibu).
• Menggalakkan penghasilan susu ibu yang berkualiti tinggi.
• Melegakan gastritis perut.


Manfaat Untuk Anak Remaja
• Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otot.
• Menggalakkan kitaran haid yang sihat untuk wanita.
• Menyokong pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat.
• Mempercepatkan pembaikan dan pembaharuan sel untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.


Manfaat Untuk Warga Tua
• Mengekalkan tenaga sepanjang hari.
• Menggalakkan tahap kolesterol yang sihat.
• Mengurangkan gejala menopause.
• Meningkatkan kepadatan tulang.
• Mengekalkan jisim otot dan mengurangkan kehilangan otot.
• Menyokong peredaran darah yang sihat
untuk fungsi jantung yang optimum.

Bekalkanlah keluarga anda dengan ESP untuk kesihatan yang lebih baik. Sumber protein berasaskan soya ini boleh didapati disini.


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Tanda-tanda Demam Denggi

KEBAIKAN B COMPLEX

Kandungan Lecithin

Alfalfa Legakan Gout