Tumbesaran Sihat dengan Protein

Semasa fasa remaja, remaja menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga adalah fasa dimana mereka sangat bertenaga dan aktif.

Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Mari kita lihat bagaimanakah protein ini memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak.

1 - Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot
Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot.

Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot. Pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.

2 - Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang. Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat.


3 - Menyokong Kitaran Haid Yang Sihat bagi Wanita
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi didalam kebanyakan makanan kita termasuk soya. Ia membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal  paras hormon yang sihat serta mengurangkan simptom-simptom sindrom prahaid (PMS).

4 - Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Mari berikan yang terbaik untuk anak remaja kita yang sedang membesar dengan Energizing Soy Protein. Ianya boleh didapati disini. 


Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Kandungan Lecithin

Kesan Kekurangan Zink

Lecithin Keras, Sukar Ditelan.

Alfalfa Legakan Gout