Badan Kurang Cergas Tanda Kesihatan Merosot
Badan yang kurang cergas adalah tanda kesihatan badan tidak terjaga. Untuk kekal sihat dan cergas, disiplin menjalani rutin dan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan setiap hari.
6 Kaedah Mudah Untuk Memastikan Tubuh Sentiasa Sihat dan Cergas.
1. TIDUR SECUKUPNYA
TIDUR sekurang-kurangnya enam jam sehari dapat memastikan tubuh berasa segar serta mendapat rehat secukupnya.
Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kesihatan jantung, mengurangkan tekanan, menguatkan ingatan, mengurangkan risiko kemurungan dan membantu memperbaiki sistem badan.
2. BIASAKAN MENGGELIAT
SEMASA tidur, tubuh melakukan proses pembuangan pelbagai toksin dan membaiki sel. Amalan menggeliat sejurus bangun daripada tidur dapat mengaktifkan pembuluh-pembuluh limfa termasuk limfa utama yang akan terbuka dengan cepat. Akhirnya, tubuh secara tidak langsung mampu mempercepatkan proses membawa keluar sisa-sisa toksin melalui pembuangan najis dan kencing.
3. PEMAKANAN SIHAT
Jadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pengambilan makanan sihat. Kandungan yang terdapat dalam piramid makanan dapat membantu seseorang mengawal pengambilan kalori yang diperlukan setiap hari. Selain itu, amalkan pemakanan kurang manis, kurang masin dan kurang minyak.
4. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Minum air kosong selepas bangun dari tidur dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membantu seseorang menjadi lebih peka dan segar kerana kadar peningkatan tenaga dalam badan.
5. BERSENAM DAN BERSUKAN
Dengan bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor iaitu sejenis protein dalam darah yang dinamakan preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin iaitu sejenis molekul yang bertindak sebagai pembawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal. Sebab itu, kita dapat merasakan keceriaan yang berpanjangan apabila melakukan senaman secara konsisten.
6. AMALKAN MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan suplemen akan dapat menyokong kekurangan zat-zat dalam tubuh yang membawa kepada ketidakcergasan. Selain itu, faktor persekitaran, dan penyediaan makanan contohnya memasak terlalu lama dan makanan proses juga penyebab kepada kurangnya nutrisi yang kita perolehi dari makanan.
Amalkan Set Kesihatan Asas Shaklee untuk kekal cergas dan sihat.
![]() |
Set Kesihatan Asas |
Dapatkan Set Kesihatan Asas anda DISINI.
Atau, klik whatsapp untuk pesanan produk, konsultasi dan pendaftaran keahlian.
Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.
PENAFIAN :
● Ini adalah testimoni individu, hasilnya mungkin berbeza dari individu lain.
● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.
Ulasan
Catat Ulasan