Endometriosis

Endometriosis biasanya berlaku awal belasan tahun apabila seseorang gadis remaja itu datang haid. Gejala utama ialah senggugut.

Scan rahim perlu dilakukan apabila anak gadis kena senggugut teruk untuk mengesan kedudukan rahim. Lazimnya, rahim yang retroverted atau meghala kearah tulang belakang lebih sering mengalami limpahan darah haid ( retrograde menses).

Kebanyakkan kes senggugut pada remaja akan pulih bila berkahwin. Tetapi ada yang terus mengalami penyakit endometriosis jika mengalami stres mental emosi dan fizikal selepas berkahwin. Disamping tidak makan sayur dan buah-buahan. Selain itu, sistem imuniti badan yang lemah juga penyebab endometriosis.





Endometriosis menyebabkan kualiti hidup wanita merosot kerana melumpuhkan sistem pembiakan dan menyebabkan sakit pelvis yang kronik semasa haid, sakit semasa hubungan seks, sakit belakang dan kadang-kadang sakit semasa membuang air besar. Haid adalah musuh wanita, hingga setiap bulan pun boleh bayangkan kesakitan dan untuk bersama suami pun mungkin rasa amat berat kerana tidak sanggup menahan sakit.

Selain senggugut, endometriosis juga menyebabkan keradangan pada tisu. Sebab itu sakitnya tidak tertahan.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu wanita untuk elakkan masalah endometriosis :

1.  Lebihkan makan sayur-sayuran, ulam dan buah-buahan.

Semua ini menyediakan pelbagai sumber vitamin, logam2, asid amino dan antioksidan yang boleh meningkatkan imuniti badan. Tidak semua wanita yang rahimnya retroverted akan mengalami endometriosis jika imuniti badannya tinggi. Imuniti badan yang tinggi mampu mencegah penyakit ini.

2. Senaman atau riadah untuk mengurangkan stres.

3. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman segera.

4. Pengambilan suplemen (vitamin dan antioksidan).

Vitamin C 500 mg - 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk mencegah penyakit dan juga sebagai antioksidan.

Vitamin E 400-800 IU setiap hari meningkatkan imuniti dan juga sebagai antioksidan.

Multivitamins yang mengandungi B complex boleh membantu kurangkan stres.

GLA Complex untuk mengimbangi hormon wanita.

ESP - mengandungi asid amino yang diperlukan badan.






Klik whatsapp untuk pesanan produk, konsultasi dan pendaftaran keahlian.


Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.


PENAFIAN :

● Ini adalah testimoni individu, hasilnya mungkin berbeza dari individu lain.

● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Perbezaan Youth Advanced Renewal Night Cream - RICH dan LIGHT.

Protein Terbaik Untuk Bekalan Tenaga Lebih Lama

Lecithin Keras, Sukar Ditelan.