Kesan Kekurangan Nutrisi Dalam Badan
Nutrisi atau zat gizi adalah zat dalam makanan yang diperlukan manusia untuk dapat tumbuh dan berkembang dengan baik sesuai dengan fungsinya. Nutrisi di peroleh dari hasil pemecahan makanan oleh sistem pencernaan.
Nutrisi terbahagi kepada dua:-
1. Mikronutrisi
Sesuai dengan namanya, mikronutrisi merupakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dalam jumlah sedikit dan hanya berfungsi untuk menyokong metabolisme tubuh. Terdiri daripada 3 kategori iaitu, vitamin, mineral dan air.
2. Makronutrisi
Makronutrisi diperlukan oleh tubuh dalam jumlah yang besar sebagai sumber tenaga. Ianya terdiri daripada 3 iaitu, karbohidrat, protein dan lemak.
Pemakanan yang baik adalah bahagian yang penting dalam gaya hidup yang sihat. Dengan disertakan aktiviti fizikal, corak pemakanan kita boleh membantu kita untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dengan memiliki berat badan yang normal, mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya.
Walaupun seseorang itu memiliki berat badan yang normal, pemakanan yang tidak sihat tetap mendedahkannya kepada risiko pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes jenis 2, gout, osteoporosis dan sebagainya. Dengan membuat pilihan yang betul, kita dapat mengelakkan diri kita daripada risiko sedemikian.
Kesan Kekurangan Nutrisi:
1. Berat badan berlebihan
2. Obesiti
3. Sukar turunkan berat badan
4. Osteoperosis
5. Kolesterol tinggi
6. Lumpuh/Strok
7. Kemurungan berpanjangan
8. Kanser
9. Penyakit jantung
10. Gangguan selera makan
11. Pereputan tulang (osteoporosis)
Faktor Kekurangan Nutrisi:
1. Gaya Hidup
Budaya hidup moden banyak mengubah cara hidup masyarakat kita. Kerjaya yang sibuk, aktiviti harian yang penuh dan konsep diet yang pelbagai mampu menganggu nutrisi badan jika tidak diurus dengan baik. Selain itu, merokok dan kurang bersenam.
2. Corak pemakanan
Makanan yang banyak sodium, makanan segera, makanan proses merupakan makanan paling popular pada masa kini. Dengan kesibukan hidup dan untuk lebih mudah dan selesa, makanan yang kurang sihat ini menjadi pilihan utama.
3. Pilihan makanan
Pilihan makanan hari ini tersangatlah banyak. Pelbagai jenis makanan dijual, tetapi kita yang patut memilih makanan sebaiknya. Dari makanan bergoreng sehinggalah berkuah, semuanya sedap-sedap belaka. Mana boleh tak kecur selera kan? Pilihan di tangan anda.
4. Kewangan
Akibat kesempitan wang, maka hanya mampu makan makanan yang murah tetapi mengenyangkan. Tambahan pula, kebanyakan makanan proses atau makanan segera mampu untuk dibeli, maka itulah pilihan makanan ruji seharian.
Bagaimana Mengatasi Masalah Kekurangan Nutrisi?
1. Makan Secara Sihat
Ambil portion yang betul semasa makan. Lengkap karbohidrat, protein dan sebagainya. Ambil sayuran hijau dan buah-buhan dalam diet anda.
2. Makan dengan Betul
Pastikan anda mengambil 3 sajian hidangan setiap hari, seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Seeloknya ambil buah dahulu sebelum makan.
3. Cukup Rehat
Anda perlu rehatkan badan secukupnya sewaktu tidur iaitu 6-8 jam sehari bagi membolehkan badan anda berfungsi dengan baik.
4. Pengambilan Makanan Tambahan.
Makanan tambahan atau suplemen akan menggantikan kekurangan nutrisi yang kita tidak dapat melalui makanan.
Anda boleh dapatkan produk ini di SINI.
Atau, klik whatsapp untuk pesanan produk, konsultasi dan pendaftaran keahlian.
Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW.
PENAFIAN :
● Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
● Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.
Ulasan
Catat Ulasan