Suplemen Pilihan No.1

Rata-rata rakyat di Malaysia ne ada pilihan makanan tambahan sendiri. Begitu juga dengan saya. Sebelum menjadi pengguna setia, saya memang ada mengamalkannya tetapi tidak konsisten. Mungkin kerana tidak menerima kesan yang sangat-sangat memberi impak dalam kehidupan, khususnya kesihatan saya. Namun ianya bermula apabila saya mengandungkan anak pertama. Pada awal kehamilan, alahan atau morning sickness yang saya alami sangat teruk. Hinggakan minum air pun tekak tak boleh terima. Apatah lagi nak makan. Penangan alahan yang tak boleh hidu sebarang bau-bauan ne memang azab. Kalau ikutkan hati, mandi pun taknak bersabun hahaha.. Sampai satu tahap, saya muntah kosong. Maksudnya tidak ada apa-apa dalam perut yang dapat dimuntahkan kerana langsung tak ada isi. Saya hanya muntah cecair kekuningan.
Disinilah permulaannya.. satu malam tu saya dan suami ke pasar malam Down Town di Serdang. Macam biasalah..pasar malam ne ada macam-macam bau makanan terutamanya bakar-bakar. Saya cuba elakkan lalu di tempat yang ada jual-jual makanan. Tetapi dimana sahaja saya masuk laluan untuk elak satu tempat yang jual makanan, ada sahaja penjual disitu. Badan saya mulai terasa lemah dan sejuk. Saya ajak suami berhenti disuatu tempat untuk berehat. Masa ne saya dah rasa yang saya akan pengsan. Suami tak tahu yang saya dalam keadaan 'kritikal' masa tu hahaha...dia bawa saya ke tempat parking motor. Kami naik motor sahaja sebab mudah nak cari parking yang dekat dengan pasar. Tempat yang saya bawa suami berhenti rehat tu gelap..mungkin bagi dia tak selamat. Tujuan suami saya bawa ke tempat motor tu sebab boleh balik rumah terus jika rasa tak larat. Tapi belum pun sampai tempat parking motor tu, saya dah pengsan. Saya sedar bila terdengar suara perempuan bercakap-cakap. Bila buka mata (saya masih dalam keadaan mamai), rupanya saya tengah diusung. Kakak-kakak 3 orang tu tolong suami angkat saya di tempat yang lebih elok. Saya pengsan di laluan orang ramai. Lama juga pengsan..suami panggil-panggil nama tapi suami kata saya takda respon. Masa sebelum pengsan tu..saya duduk sebab dah tak tahan. Jadi saya pengsan dalam keadaan duduk memeluk betis suami hehehe..sebab tu suami tak sangka saya dah pengsan. Ok lah saya cut cerita pasar malam disini. 

Esoknya, suami saya ke branch Shaklee di Sri Rampai untuk membeli Set Hamil Shaklee. Untuk pengetahuan, saya dah jadi ahli 2013..kahwin dan hamil pada 2014. Tapi suami tak bagi saya amalkan vitamin ketika hamil. Maklumlah anak pertama dia risau jika terjadi apa-apa. Tapi nampaknya..lagi akan ada terjadi bila tak amalkan hehehe. Jadi bermulalah kisah kehamilan saya yang seronok dan ceria sahaja bila dah amalkan set vitamin hamil shaklee. Alahan saya kurang, dah boleh makan minum walaupun tak banyak. Lebih bertenaga dan paling penting bacaan hb saya sentiasa baik. Saya amalkan set hamil sehingga bersalin dan diteruskan dengan Set Pantang Shaklee. 

Saya dah amalkan Set Hamil dan Pantang Shaklee dua kali. Anak dah dua pun..perempuan dan lelaki. Sehingga kini saya masih amalkan produk-produk Shaklee. Begitu juga dengan suami dan anak-anak saya. Kami dah jadi pengguna setia Shaklee. Tambahan pula, Shaklee ne sangat selamat untuk digunakan.







Jadi, itulah pengalaman saya yang menyebabkan saya jadi pengguna tegar Shaklee, apalagi disokong dengan kajian-kajian dan betapa berkesannya Shaklee.

Jika anda ingin mencuba produk Shaklee..bolehlah menghubungi pengedar sah Shaklee atau saya sendiri untuk konsultasi dan pesanan produk sesuai dengan keadaan kesihatan Tuan/Puan.

PENAFIAN :
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengapa mesti memilih  Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
✔ HALAL

☎Sms/WhatsApp/Telegram
0135461319

Atau mungkin Tuan/Puan sudah membuat kajian tentang Shaklee dan produk yang Tuan/Puan perlukan..bolehlah melakukan pembelian sendiri.

1. Klik Link di SINI.

2. Tandakan Produk Pilihan Anda & ikut arahan seterusnya.

3. Pembayaran Melalui DEBIT/CREDIT CARD.

4. SELESAI - Anda hanya perlu menunggu barang anda sampai di hadapan rumah.

Dapatkan penjimatan sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli melalui kami..

DAFTAR SEKARANG DI SINI.

Ulasan

Popular Post

Tanda-tanda Anda Gemuk Air

Alfalfa Legakan Gout

TAU TAK APA ITU ACACIA/ARABIC GUM???

Cara Kurangkan Sakit Senggugut

Tanda-tanda Demam Denggi