Catatan

Tunjukkan catatan dari April 5, 2018

Kenapa Ibu Perlukan Lebih Protein?

Imej
Ibu adalah insan yang paling sibuk di dunia. Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, ibu seringkali mengabaikan diri sendiri kerana lebih fokus kepada hal lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian dengan baik. Bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu? 1) Meningkatkan Seri Kulit Untuk kulit yang berseri, berikan kulit protein yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan kesemua asid amino perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit. 2) Menguatkan Rambut dan Kuku Keg

Tumbesaran Sihat dengan Protein

Imej
Semasa fasa remaja, remaja menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga adalah fasa dimana mereka sangat bertenaga dan aktif. Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Mari kita lihat bagaimanakah protein ini memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak. 1 - Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot. Pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama. 2 - Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat I

Resepi ESP untuk Rasa Yang Lebih Lazat

Imej
Teringin sesuatu yang lazat,mudah disediakan, tetapi memberikan tenaga dan berkhasiat. Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma didalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari. Hidangan ini membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Smoothie Protein Kurma Bahan-bahan: 3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 1 cawan susu rendah lemak 1 cawan ais 5 kurma Cara bancuh: Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. Siap untuk diminum. Selamat Mencuba! Anda boleh dapatkan esp atau Energizing Soy Protein  disini .